Rezeki Piala AFC

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie kami dapat peluang berniaga lagi di Stadium Shah Alam sempena Piala AFC. Tak sangka pula masih ada peluang kami kat sini sebab sekarang pengurusan pun dah bertukar dah, bukan MBSA lagi dah. Katanya lebih telus tapi entah lah malas nak komen lebih. Apapun Alhamdullilah kali nie ada rezeki Piala AFC pula untuk kami..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Rezeki Piala AFC

Sebenarnya kami bersyukur sangat dengan rezeki Piala AFC nie. Walaupun tak lah sehebat jualan game final tapi Alhamdullilah sangat berbaloi bagi kami. Game pertama memang kami rugi sikit sebab pagar depan kiosk kami ditutup untuk fan pelawat jadi memang tak ada orang. Untuk yang itu kami cuma layan bola ja sebab tak sibuk pun.. sesekali kan.. Redha aja lah..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game Piala AFC yang kedua bila dapat tau yang pagar takan dibuka sampai habis Piala AFC terus kami pindah ke kiosk lain. Nasib lah kiosk baru tu okay sampai tak sempat nak rehat pun lepas kemas barang niaga. Jadi kami buat keputusan nak terus ja berniaga kat kiosk tu sampai habis Piala AFC nie. Nasib baik juga pegawai yang urus tapak pun bagi kebenaran untuk kami tukar.. lega! Ya lah kalau tak jenuh lah niaga orang tak ada.. tak berbaloi datang dari Rawang..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game ketiga Piala AFC pula kami terpaksa tunggu lebih dua jam kat pintu masuk sebab terlewat sikit waktu masuk. Ingatkan boleh macam game sebelum nie datang lewat untuk set kedua sebab selalunya set pertama tak ada orang. Sekali tak boleh pula dah, ikutkan ja lah dah undang-undang kan. Kali nie pun jualan semua okay, berbaloi tunggu lama tadi. Hilang penat kalau macam nie.. hehehe..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game terakhir Piala AFC kami masih mantain aja sediakan barang niaga cuma Abang Man ada tambah sikit aja. Tak sangka pula lepas aja maghrib orang punya lah ramai tak putus-putus. Dah macam final game lah pula sampai tak cukup barang. Kesian fan Malaysia berlapar dan dahaga. Maafkan kami ya.. tak sangka pula nak ramai macam nie.. Hampir penuh juga lah stadium kecuali tempat pelawat

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Apapun tahniah Malaysia antara kumpulan terbaik untuk Piala AFC nie. Berada dikedudukan kedua pun dah cukup bagus dah. Selesai sudah Piala AFC kali nie, harap ada peluang untuk berniaga Piala Malaysia pula nanti. Untuk game pertama Piala Malaysia kami dah tersenarai antara peniaga yang terpilih.. syukur Alhamdullilah..

Post a Comment

7 Comments

  1. semoga makin murah rezeki =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki akk dpt tapak situ

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..PC yang dengar ni pun rasa bahagia dan bersyukur sangat bila rezeki Kak Sue sekeluarga Allah luas dan lancarkan..moga ianya berterusan.Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Sy ddk shah alam tp xpnh pegi lg stdium shah alam...Malaysia mmg owsem

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki kak sue sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga rezeki kak su sekeluarga terus dimurahkan Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️