Mengenang Mak

Assalamualaikum, hai semua. Mengenang Mak.. Jumaat datang lagi. Setiap kali datang hari nie memang akan teringat balik dua cerita sedih Kak Sue lalui sebelum nie. Salah satunya Mak pergi buat selamanya .. yang tinggal hanya mengenang Mak dalam doa dan rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung.. perit sangat rasanya..

Mengenang Mak
Mengenang Mak 

Sentiasa Mengenang Mak

Walaupun dah tiga bulan lebih Mak pergi tinggalkan kami semua tapi kami tak dapat nak move on lagi sepenuhnya dan akan sentiasa mengenang Mak. Sentiasa mendoakan, sentiasa merindukan Mak. Perit bila kita hilang Mak nie memang tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang paham rasa sedih kita.. pada Allah juga tempat kita mengadu kesedihan kita..

Mengenang Mak
Mengenang Mak - Adik beradik lelaki
Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak menantu Mak

Beberapa minggu lepas Kak Sue ada balik ke kampung sebab nak selesaikan turun batu Mak. Ada lah buat majlis tahlil sikit masa nak turunkan batu Mak tu. Alhamdullilah, semua urusan masih kami anak-anak Mak berpakat nak buat sendiri turunkan batu Mak. Sebenarnya tak tau sangat pun sebab tu ada rujuk pada orang masjid dan yang lebih arif juga. Bukan apa sebagai tanda bila kami dah tak ada nanti, anak cucu kami dapat juga datang ziarah Tok Pah depa. Ada sesetengah tu tak bertanda kesian pula bila waris datang mencari kan. Bukan ada niat apa pun..

Sekarang nie bila mengenang Mak.. rasa tenang sikit dari dulu dan dapat kawal perasaan walaupun sedih tu masih tetap ada. Nama pun Mak kan.. mana mungkin kita boleh lupa. Mungkin hati dah mula redha, walaupun takan pernah lupa. Setiap hari, setiap apa yang Kak Sue buat banyak teringat kat Mak. Mak terlalu istimewa buat Kak Sue. Seorang Mak, Mertua dan Tok yang sangat baik untuk kami semua. Sentiasa memahami, bertolak ansur, pemurah, penyanyang walaupun tegas dan garang. Hilang Mak memang beri kesan mendalam buat kami semua..

Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak cucu Mak
Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak Cucu Mak

Buat korang yang masih ada Mak.. jangan lah mensia-siakan masa yang ada. Jangan bertangguh dalam apa-apa urusan kalau berkaitan dengan Mak kita ya.. sebab bila Mak kita pergi pasti akan ada rasa terkilan dalam memberi pada Mak kita dari segi apa pun. Hilang sudah doa seorang Ibu buat kita.. doa yang tak dihijab. Damailah Mak di sana, semoga Mak ditempatkan bersama orang yang dikasihi dan diredhai Allah.. orang sayang Mak dunia akhirat. Sampai kita berjumpa lagi ya Mak.. Al Fatihah buat bidadariku Mak Tersayang.. Latipah binti Baharom..






Post a Comment

7 Comments

  1. Tak terganti kan Kak Sue. Itulah ibu ayah kita.

    ReplyDelete
  2. boleh faham kak su, masa arwah ayah baru meninggal pun asyik teringat. Kuatkan hati ye kak su.

    ReplyDelete
  3. semoga kuat bagi seluruh keluarga.

    ReplyDelete
  4. Semoga Kak su kuat melaluinya.. Yang memandang dan melihat tak akan dapat merasai sama seperti yang menangung.. Kehilangan yang tersayang tak akan ada tukar gantinya.. Stay strong kak..

    ReplyDelete
  5. betul, doa mak tu tanpa hijab..al fatihah untuk mak kak su,

    ReplyDelete
  6. huhu.. beruntunglah mereka yang masih ada ibu.. hargai dan bahagiakanlah diorang sementara diorang ada

    ReplyDelete
  7. Mak memang tiada ganti .sementara orang tua masih ada .hargailah mereka

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️