Ramadhan Tanpa Mak

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam tak lama lagi kita semua dah nak sambut bulan Ramadhan dah kan. Cuma tahun nie kami sambut Ramadhan Tanpa Mak. Sedih dan pilu hati bila kenangkan Mak tak ada dengan kami lagi.. Mak dah pergi bertemu Allah sang pencipta..

Ramadhan Tanpa Mak
Ramadhan Tanpa Mak

Ramadhan Tanpa Mak

Biasanya kami memang teruja bila nak datangnya bulan yang satu nie. Awal-awal Kak Sue dan Abang Man dah siap belikan beberapa pilihan kurma dan buah kering untuk Mak dan mertua Kak Sue sebagai persiapan nak sambut Ramadhan. Mak suka sangat kurma dan buah kering. Tahun nie lain, tahun nie kami sambut Ramadhan tanpa Mak dan Ramadhan yang pilu bagi Kak Sue sekeluarga dan adik beradik Kak Sue yang lain.. sayu sangat rasa hati nie..

Kak Sue tak dapat nak bayangkan macam mana nak lalui hari-hari dalam Ramadhan tu tanpa Mak Kak Sue. Dah tak berapa hari lagi dah kita nak sambut bulan Ramadhan bulan yang mulia dan diberkati. Makin dekat harinya makin sayu hati Kak Sue nie. Rindu sangat nak berkongsi cerita macam biasa bila kami dah mula sibuk tiap kali tiba bulan Ramadhan. Selalunya Mak lah tempat Kak Sue mengadu rasa..

Macam yang korang tau, bulan Ramadhan Kak Sue dan Abang Man meniaga kat Pasar Ramadhan dan siapkan order Pati Kelapa Laut untuk semua pelanggan kami. Selalu Kak Sue akan kongsikan cerita dengan Mak, seronok lah Mak dengar bila kami tak menang tangan nak siapkan stok dan berniaga. Mak memang minat dan suka berniaga juga macam kami jadi memang seronok kalau bercerita tu.. tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi.. tak ada dah tempat nak berkongsi cerita..

Selalu bila bulan Ramadhan nie kalau telefon Mak Kak Sue, Mak akan tanya masak apa hari nie.. macam mana niaga hari nie.. dan macam-macam lagi lah yang kami bualkan. Tahun nie dah tak dapat nak kongsikan apa yang kami masak untuk berbuka, dah tak dapat nak mengadu apa-apa, dah tak dapat nak luahkan rindu.. dah tak dapat dengar nasihat Mak dah.. yang tinggal hanya mengenang Mak dalam doa dan rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung.. sakitnya tu hanya Allah sahaja yang tau..

Apapun.. Kak Sue perlu kuat dan tabahkan hati sebagai isteri, ibu dan Kakak sulung. Adik-adik Kak Sue pun dah pesan hari tu kalau boleh jangan lah sedih-sedih nak sambut Raya nanti, tak baik kata depa. InsyaAllah, Kak Sue akan cuba pujuk hati. Walaupun Kak Sue nampak dalam mata adik-adik kesedihan tetap ada. Kami masing-masing hanya mampu sedapkan hati masing,-masing. Yang pasti kami semua terasa sangat kehilangan..

Semoga Mak sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. InsyaAllah semua pesan dan nasihat Mak akan terus tersemat dalam hati. 'Orang' akan sentiasa mendoakan dan merindukan Mak selamanya.. Al Fatihah untuk bidadariku.. Mak tersayang.. tenang lah Mak di sana.. aamiin ya rabb.. "Orang" sayang.. rindu Mak sangat-sangat..


Post a Comment

12 Comments

  1. Moga Akak sekeluarga tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi...
    Selamat berpuasa Kak ..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah, mmg sakit rindu yg tak berpenghujung. Tp DIA di sana juga... merindui kita.

    ReplyDelete
  3. Babah mama selalu cakap..sakit merindui orang yang dah tak ada ni tak ada kata yang boleh membayangkan perasaan itu..atok nenek PC belah baba dan mama PC dua-dua dah tak ada..dah lama tapi PC nampak kerinduan pada diri babah mama pada mak ayah masing-masing.Al Fatihah yang menjadi penghubung setiap hari.
    Ini juga yang PC takut Kak Sue..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk arwah mak akak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

    ReplyDelete
  5. Allahu.. Berat rasanya kak sue walaupun husniey belum alami tapi pernah rasa kehilangan ayah mertua, pak sedara, nenek tanpa disangka sangka. Tapi kehilangan yang paling takut nak bayangkan ialah: Mak ayah.. Merekalah segalanya.. InsyaAllah moga kuat ye.. Senyum selalu.. Walaupun ada sedih di hati💪

    ReplyDelete
  6. moga arwah tenang disana, sedekahkan Al Fatihah, sebagai anak sememangkan kita akan rindu :)

    ReplyDelete
  7. Al fatihah tuk mak kak sue,saya yg baca pun sebak...Insya Allah kita hantarkan doa untuk yang dah oergi sebagai bekalan ye...

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah..moga arwah tenang disana.. kehilangan ibu/bapanmemang sgt menyedihkan.

    ReplyDelete
  9. sayunya hati.. alfatihah buat mak kak sue

    ReplyDelete
  10. Semoga arwah mak akak ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

    ReplyDelete
  11. Sakit rindu yang tak berpenghujung.. Semoga terus kuat dan tabah melaluinya kak..

    ReplyDelete
  12. Semoga arwah mak kak sue ditempatkan dgn org2 beriman.. alfatihah.. sedih sbb mak adalah org paling rapat dengan anak2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️