Sanah Helwah Abah Tersayang

Assalamualaikum, hai semua. Sanah Helwah Abah Tersayang. Hari nie hari lahir seorang lelaki yang pertama hadir dalam hidup Kak Sue. Lelaki pertama yang ajar Kak Sue macam mana nak hadap ujian dan cara yang baik dalam meneruskan hidup yang serba mencabar. Lelaki yang ajar Kak Sue cara mendisplinkan diri, adab diri dan macam-macam lagi lah. Takan terbalas pun jasa lelaki yang seorang nie pada Kak Sue dan beliau sentiasa bertakhta kat hati Kak Sue nie walau apapun..

Sanah Helwah Abah Tersayang
Sanah Helwah Abah Tersayang

Sanah Helwah Abah Tersayang

Tahun nie macam tahun-tahun sebelumya juga Kak Sue hanya mampu buat ucapan Sanah Helwah untuk Abah dari jauh aja. Maklumlah sekarang nie anak-anak Abah dah ada keluarga sendiri dan duduk jauh pula dari Abah. Ditambahkan lagi kerja Abah yang tak tentu masa dan Abah pun dah ada keluarga baru buatkan kami jarang dapat luangkan masa. Apapun Abah sentiasa dalam ingatan dan doa kami semua anak-anak Abah..

Bercerita tentang Abah nie, Abah sama macam Mak juga dalam mendidik tegas dan garang orangnya. Dari bab adab, kebersihan, displin memang sangat dititik berat dari kami kecil lagi. Abah sangat pembersih orangnya, tak suka sepah-sepah, tak suka bising dan paling menarik tentang Abah nie pemurah orangnya. Suka bersedekah dan menolong orang. Kadang tak kisah pun diri tak ada apa janji dapat memberi dan bantu cukup dah untuk Abah..

Sempena hari lahir Abah nie.. malah setiap hari pun orang doakan semoga Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, rezeki yang murah dan berkat, dimudahkan semua urusan dan berbahagia di dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. love you Abah..


Post a Comment

6 Comments

  1. Sanah helwah buat bapa Kak Sue

    ReplyDelete
  2. happy birthday pakcik !

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir buat Abah Kak Sue. Semoga diberkati umurnya dan dilimpahi rezeki

    ReplyDelete
  4. sanah helwah pakcik semoga sentiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday pakcik

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah buat abah Kak Sue..
    Bubur Perak.. sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️