Assalamualaikum, hai semua. Pejam celik kejap dah nak masuk bulan puasa tak lama lagi kan. Cepatnya masa berjalan dan Kak Sue pun tak nak ketinggalan nak kongsi dengan korang bufet Ramadhan pertama tahun nie
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam dengan berkonsepkan 'Bazar Malaysia Kini' dan 'Ala Kampung'.
|
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Macam biasa setiap tahun semua hotel atau restoran akan sediakan pilihan untuk kita berbuka puasa kan. Salah satu yang Kak Sue nak kongsi dengan korang kali nie bufet Ramadhan dengan penuh warna iaitu Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Ada 100 jenis pilihan menu berbeza tau kat sini dengan juadah Malaysia juga pilihan menu antarabangsa.
Jom Kak Sue nak kongsi pilihan menu yang ada kat sini ya. Antaranya masakan negeri tempatan, masakan menu utama seperti Nasi Pakistan, Nasi Putih, Nasi Kabuli, Daging Tetel Asam Pedas, Sambal Tempe Berlada dengan Jering, Ikan Masam Manis, Daging Salai, Ayam Panggang, Pasta, Pizza Hawaian, Stew Kambing dan macam-macam pilihan lain lagi lah. Memang rambang mata nak pilih.. hehehe..
|
Pilihan makanan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Selain tu, gerai berkonsepkan bazar pun ada diletakkan di sekeliling lobi hotel tau korang. Dengan tema seperti gerai Briyani, gerai masakan India, gerai Tandori, gerai masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai 'grill and carving' dan akhir sekali gerai Cita Rasa Negeri. Haa.. banyak pilihan kan..
Di gerai Cita Rasa Negeri pula, menu yang dihudangkan ialah hudangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan yang menariknya jenis hidangan akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan ialah Mee Udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak), Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor dan Negeri Sembilan), Laksa Penang (Puala Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi..
|
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Mengikut trend media sosial, tumpuan buffet Ramadhan kali nie ialah menu 'Viral' yang hangat diperkatakan dalam dunia media sosial seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teoe Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.
Selain daripada suasana bazar, korang juga harus cuba pilihan pemanis mulut yang disediakan kat sini tau. Antaranya Ais Kacang, Kek Keju Marmar, Kek Coklat Basah, Kek Lobak, Brownies Coklat, aneka jenis kuih Melayu dan kuih Raya, Puding Tembikai Susu, Bubur Pulut Hitam, Koktel Buah, Tapai Pulut, Dodol, Serawa Pisang, Roti Pisang, Puding Mentega, Sago Gula Melaka dan banyak lagi..
|
Pilihan desert di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Pilihan kuih muih di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Pilihan kuih muih di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Buffet "Warna Warni Ramadhan 1440H" nie disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Haa.. banyak pilihan buffet Ramadhan kat sini kan, memang berbaloi dan puashati sangat. Selain tu surau dan parking pun ada disedikan kat sini tau. Selain tu Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie adalah Halal friendly hotel juga tau. Untuk detail harga macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..
Harga Bufet Warna Warni Ramadhan
Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.
Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadhan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas dan RM100.00+ untuk 9 orang ke bawah.
Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet pula, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi nie khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang nak adakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan banquet di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.
Untuk info korang, bagi mengisi malam Ramadhan dengan keberkatan, korang juga dapat menikmati alunan bacaan suci Al Quran dan juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawikh yang akan diketuai oleh imam hotel. Pada bulan mulia nie juga, pihak hotel akan jalankan projek amal bagi anak-anak yatim. Menarik kan.. rezeki sama dikongsi..
Untuk lebih detail dan tempahan, boleh hubungi bahagian Jualan Pemasaran di 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806. Atau nak hantar email pun boleh, terus ke dosm@bluewavehotels.com
11 Comments
wah..wah...meriahnya dgn makanan yang sedap²
ReplyDeleteSedapnya menu-menu berbuka dekat BlueWave ni kak. Macam2 juadah ada. Berbaloi dengan harga dia.
ReplyDeleteAda gerai citarasa negeri tu yang menarik Kak Sue. Ada peluang pengunjung rasa menu dari negeri lain.
ReplyDeletemeriah maknan sini, insyaallah boleh terjah ramadan nt sb dekat dgn rumah
ReplyDeleteYa Allah kak terliur tgk menu sedap2
ReplyDeletesemua pun menambat selera ni Sue :)
ReplyDeleterasa dah semakin dekat nak puasa.
ReplyDeleteitu diaa makanan2 depa.. rambang mata tatau nak mula ngan mana satu.. dap.!!
ReplyDeletesib tak puasa ganti masa baca entri ni hahahha..terliur
ReplyDeleteMeriah hidangan buffet yang ditawarkan..
ReplyDeleteMeriahnya menu2 dia.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️