Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie tahun pertama kami adik beradik sambut
Hari Raya Tanpa Mak. Memang macam-macam perasaan akan datang bercampur baur. Kebetulan tahun nie giliran raya sebelah keluarga Abang Man, terpaksa Kak Sue timggalkan adik beradik sambut hari Raya tanpa Mak dan tanpa Kak Sue sekeluarga. Rasa sebak, hiba, pilu hati Kak Sue nie..
|
Hari Raya Tanpa Mak |
Hari Raya Tanpa Mak
Hari Raya tanpa Mak untuk pertama kali nie memang tak dapat nak gambar perasaan kita dengan kata-kata. Walaupun ada senyuman tapi dihati rasa sedih tetap ada. Tambah bila tiba malam Raya dengar takbir Raya, Allahu.. hiba hati nie Allah saja yang tau. Tapi terpaksa lah berlagak macam tak ada apa walaupun dah bergenang airmata masa tu. Selalunya petang atau malam Raya Mak lah paling sibuk sediakan Ketupat Palas, Sambal Daging dan Rendang Ayam.. terbayang-bayang Mak tengah masak kat dapur..
|
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar kenangan |
|
Hari Raya Tanpa Mak - Gambar Raya Pertama |
Raya pertama dan kedua tahun nie Kak Sue beraya di kampung Abang Man dulu. Raya kedua tu petang baru dapat balik sebab ramai tetamu yang datang tak sampai hati pula nak tinggal Mak dan Kakak Jam melayan tetamu tak putus-putus. Biasanya rumah Mak mertua Kak Sue memang meriah dengan tetamu. Kadang dari pagi sampai malam pun masih ada tetamu datang, jauh dan dekat. Walaupun letih tapi seronok dengan suasana raya tu tau, terasa kemeriahannya..
|
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar Kenangan dengan mertua |
|
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar Raya Keluarga Haji Nasir |
Raya ketiga sampai keenam Kak Sue beraya kat Batu Kurau. Raya kami tak meriah sangat tahun nie tapi masih kekalkan tradisi ziarah saudara mara terdekat. Kebanyakan masa kami semua lepak-lepak kat rumah dan masak memasak ja ramai-ramai. Masing-masing pujuk hati kan. Lepas tu kami plan nak ambik gambar keluarga untuk kenangan, tapi tak menjadi lah pulak sebab macam-macam perkara yang jadi luar kawalan kami semua. Jadi yang mana ada aja lah ambik gambar untuk tahun nie..
|
Hari Raya Tanpa Mak - Gambar Bersama Ateh Family |
|
Hari Raya Tanpa Mak - Bergambar dengan Ateh Family |
Raya ke empat tu Abang Man dah plan bulan puasa nak buat bbq, kata Abang nak buat meriah dan nak semua adik beradik berkumpul.. cuma Alang dan family aja tak datang kali nie. Baru meriah sikit sebab ada sepupu, sedara dan kawan-kawan yang datang. Boleh lah sembang-sembang kan, buat hilang sunyi. Jangan tak tau walau ada ramai kat rumah tu rasa sunyi yang satu nie tetap ada sebab Mak kita dah tak ada. Rasa kosong dan sunyi yang satu nie takan pernah hilang. Yang pernah merasa sahaja akan faham perasaan yang satu nie..
|
Hari Raya Tanpa Mak - Malam BBQ Abang Lan dan Abang Man |
|
Hari Raya Tanpa Mak - Malam BBQ |
Apapun semoga hari Raya tahun depan lebih baik, dapat tabahkan lagihati keluarga Kak Sue semua dan lebih redha seikhlasnya. Hilang Mak nie memang perit sangat hati kita tak tergambar dengan kata-kata. Umur panjang dan ada rezeki tahun depan giliran beraya rumah Mak Kak Sue pula. Ada juga lah kami buat plan dan sembang kosong apa nak buat tahun depan. Harap semuanya berlajalan lancar lah kan. Akhir kata Kak Sue mohon doakan untuk Mak Kak Sue semoga diampunkan semua dosa dan ditempatkan bersama orang yang diredhai Allah.. aamiin ya rabb.. Terima kasih semua.. papai!
|
Hari Raya Tanpa Mak
|
20 Comments
semoga terus tabah kak sue sekeluarga. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. selamat hari raya!
ReplyDeletealfatihah, i feel you kak. Ingat raya aritu nk singgah kg kak su, tp tak berkesempatan
ReplyDeleteYang dah kembali dan rasa kosong itu tak terganti kan kak..moga mak akak sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah..sentiasa tahu anaknya sentiasa merinduinya.
ReplyDeleteselamat hari raya..
ReplyDeletetakziah kak..sy baca pun menitik air mata..rasa x ready lagi utk lalui semua tu...18thn lepas beraya tanpa arwah ayah..mmg x tergambar perasaan tu..sampai la sekarang tiada istilah raya yang betul2 raya.nak2 baru2 ni kehilangan abg plak dan arwah kakak (2015). semua dah tak sama cam dulu...alfatihah buat yg dah tiada :'(
ReplyDeleteselamat hariraya kak sue sekeluarga maaf zahir batin.. huhu mmg sedih kan beraya tanpa mak.. saya sampai skrg tak boleh dgr lagu raya
ReplyDeleteAllahuakbar.. tiba2 rasa sebak .. menitis air mata baca.. tiba2 teringat kat mak tb di kg.. nak call dia tanya kabar..
ReplyDeleteHilang mak mmng perit rasanya kaksue. Kita raya x jumpa mak pun dah rasa sedih. Sjak kahwin, kita jadi rapat dgn mak. Cara nk hilangkan rindu, kita call selalu..
ReplyDeleteMeriah nya kak.baru terasa hari raya tu kan.
ReplyDeleteSemoga arwah mak akak ditempatkan bersama org2 yg beriman.
Al fatihah buat mak kak sue...sebak sangat terus teringat mak kat kampung...huhu
ReplyDeleteAlfatihah untuk mak kak sue..tau sedihnya macam mana orang yang dah pergi..semoga tabah ye kak sue..tengok ramai macam ni pun meriah kak sue..
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah, mmg sedih bila teringat pada orang tersayang, lebih2 mak kita. Moga akak dan family gembira dihari raya
ReplyDeleteAl Fatihah untuk mak akak. Memang rasa sunyi dan sedih kan bila raya mak tak ada
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah.. seronokkan dpt beraya kat kampung ramai²..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Sue, so sorry and my condolences to you and your family.
ReplyDeleteSelamat hari raya. Tiba-tiba teringat nenek kat kg. Sedih pula ðŸ˜
ReplyDeleteSelamat hari raya kak. Al-fatehah utk arwah mak akak. Semua akan lalui apa yang akak dah lalui. Semoga akak terus tbah ye
ReplyDeleteAl-fatihah buat mam kak Sue.. cantik gambar raya..
ReplyDeletebaru jap baca kat blog adik kak sue, achik :(
ReplyDeletesedekah kan al-fatihah bila rindu menerpa ye.
aida masih ada mak.
maka, can't still imagine rasa sedih tu.
cuma, boleh la skit skit imagine betapa kosongnya kalau mak dah takde :(
lelebih, time raya.
Stay strong kak.. Tanpa yang tersayang memang tak mudah..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️