Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi
pula dengan korang. Sekarang nie kan Kak Sue memang tengah mengila dengan pokok-pokok hijau, rasa teruja bila pokok yang Kak Sue semai atau tanam hidup subur dan segar. Projek Hijaukan Rumah nie bukan setakat kat luar tapi dalam rumah juga. Tengah pilih dan semai dulu..
Sebenarnya kan Projek Hijaukan Rumah nie Kak Sue dapat idea dan inspirasi dari blogger Kolin yang cantik tu. Ternampak Kolin kongsi kat Facebook pasal pokok dalam rumah, terus Kak Sue pun teringin nak buat juga. Kemudian bermula lah misi mencari pokok-pokok yang elok dan sesuai nak letakkan dalam rumah. Nak kena pilih dan tau juga kan.. takan nak main bantai ja letak dalam rumah..
Lagi satu korang jangan tak tau ya, pokok-pokok hijau nie ada antaranya dapat membersihkan udara dalam rumah dan mennaturalkan udara yang beracun. Jadi memang elok kalau kita letak dalam rumah kan. Bab nyamuk atau semut kalau kita pandai dan rajin jaga rasanya InsyaAllah okay ja kut semua tu. Nak cantik dan elok memang kena kerja keras lah sikit, okay jom Kak Sue nak kongsi projek hijaukan rumah Kak Sue jom..
|
Projek Hijaukan Rumah |
|
Projek Hijaukan Rumah |
Haa.. nie antara pokok-pokok hijau yang Kak Sue letak dalam rumah. Kat ruang tamu dan dalam bilik. Cara penjagaan pun senang, macam pokok Lidah Mertua tu siram seminggu sekali dan biarkan sekejap kat luar rumah, biar kena cahaya matahari dan keringkan air. Yang pokok macam daun keladi tu Kak Sue tak tau nama, cuma tukarkan air aje selalu. Sekarang nie dah panjang berjuntai dah korang.. cantik tau.. rambu ramba..
|
Projek Hijaukan Rumah |
|
Projek Hijaukan Rumah |
Bahagian lain dari rumah jangan diabaikan juga ya. Macam bilik air dan dapur. Bilik air nie pun baru ja Kak Sue letak pokok dan nak deko-deko sikit. Segan kan bilik air kat bawah nie kalau tetamu datang dah macam apa dah hari tu. Lagi pun Kak Sue memang jenis tak boleh tengok serabut ke apa.. mesti nak kena kemas dan bersihkan. Lega mata..
Macam tu juga bahagian dapur, tambah dapur Kak Sue sekarang jenis open dari ruang tamu dah boleh nampak segalanya. Harus nak kena sentiasa kemas dan bersih. Tu pun masih belum kemas dan puashati bagi bagi mata Kak Sue nie. Ada lagi sikit nak kena buat, kumpul duit dulu.. hehehe.. Sampai sini dulu lah ya, jumpa lagi entri deko Kak Sue yang lain ya.. selamat menghijaukan rumah.. papai!
20 Comments
Kalau ada indoor plant memang best kak...sejuk je mata memandang
ReplyDeletesaya suka kalau ada pokok dlm rumah kak.. tapi kena pandai juga kan.. kena tau cara nak jaga
ReplyDeleteTengok makcik PC pun sibuk mncari kaktus dengan pokok lidah buaya kak Sue..cari yang comel-comel..disusunnya dalam rumah..hehehe.
ReplyDeleteAda tempat penyangkut ke, pasu tu boleh pula lekat dekat dinding yg sebelah sudip
ReplyDeleteAda penyangkut.. Kak Sue beli dekat Daiso..
DeleteCantik dan kemas rumah akk, saya tgn panas, ssh menjadi kalau tanam pokok
ReplyDeleteTengah2 penat tengok pokok2 hijau dari dalam rumah, rasa tenang sikit kan kak.
ReplyDeleteYa Allah cantiknya rumah kak sue ni. suka simple2 mcm ni.. nak ada pokok cm tu tp xleh bt mse ni. hahahah benda ni kne dpt kerjasama seisi keluarga. hahahah
ReplyDeletememang dlm kepala ni plan utk indoor plant, k sue.
ReplyDeletelom berkesempatan mencari.
tq for those brilliant ideas :)
Suka juga.. Tp kena tunggu ada rumah sendiri hehe
ReplyDeleteRajinnye Kak su deco2 rumah, cantik nampak tenang shj
ReplyDeletekalau ada pokok dalam umah.. mesti umah sejuk je kan?
ReplyDeleteseronoknyaaa menghias rumah kan,mmg bagus pokok hijau dlm rumah,udara lebih bersih....
ReplyDeletecantik gambar kedua dan ketiga. Saya sangat suka dengan perhiasan yang simple tapi menarik.
ReplyDeleteWah.. cantik dan menarik sangat bila bubuh tanaman dalam rumah.. nampak lebih sejuk dan nyaman kan kak sue..
ReplyDeletebagus projek ini.. pokok dapat beri aura positif..
ReplyDeleteSpmple tapi menarik
ReplyDeleteOh yes that's nice, some greens to fresh-up the house
ReplyDeleteRajinnya kak sue deko2 rumah. Cantik je
ReplyDeletecantiknya laa hai kalo ada hijau-hijau dalam rumah :-)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️