Kelebihan Puasa Arafah

Assalamualaikum, hai semua. Tak berapa hari lagi kita semua akan sambut Hari Raya Korban atau dengan nama lain Hari Raya AidilAdha. Jadi sempena sambutan hari raya Aidiladha tak lama saja lagi Kak Sue nak kongsi Kelebihan Puasa Arafah dengan korang. Puasa Arafah nie mempunyai kelebihan dan fadhilat yang besar juga tau korang. Sebab tu digalakkan kita berpuasa pada hari tersebut kalau tak mampu nak puasa pada lapan hari sebelumya..

Kelebihan Puasa Arafah
Kelebihan Puasa Arafah

Kelebihan Puasa Arafah

Sebenarnya kelebihan puasa Arafah nie dapat peluang untuk kita membersihakan dosa. Ya lah, kita sebagai manusia dah tentunya tak lari dari khilaf dan dosa kan. Nabi kita bersabda yang bermaksud, Puasa lah pada hari Arafah, aku mengharapkan supaya dihapuskan (dosa) pada tahun sebelumnya dan selepasnya. (Riwayat Muslim)

Untuk info kita semua Arafah adalah satu tempat yang semua jemaah haji wukuf kat situ pada hari dan waktu yang dah ditetapkan oleh syariat Islam sebagai salah satu rukun haji. Mengikut apa yang Kak Sue baca dan google mengikut apa yang disebut dalam tafsir Al Qurtubi ada beberapa pendapat ulama tentang nama tempat itu sebagai Arafah antaranya..

*Kerana ditempat itulah manusia berkenal-kenalan di antara satu sama lain pada hari wukuf.

* Kerana Jibril a.s telah membawa Nabi Ibrahim a.s mengeliling tempat itu dan memperlihatkan kepada baginda segala pemandangan lalu berkata, "Adakah engkau kenal?, adakah engkau kenal?" Nabi Ibrahim pun menjawab, Saya kenal, saya kenal.

* Kerana Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ketika diturunkan dari syurga ditempat yanh berasingan. Akhirnya mereka bertemu semula dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain di tempat itu.. 

Menarik kan, haa.. harus kita semua rebut peluang emas nie yang bukannya datang selalu kan. Cumanya puasa Arafah nie tak disunatkan kepada orang yang mengerjakan haji tau, mungkin nak depa lebih fokus pada amal mereka. Jom lah kita sama-sama berpuasa Arafah yang datang setahun sekali aja, rugi tak buat kan. Semoga setiap niat dan amal yang kita buat mendapat keredhaan Allah.. aamiin ya rabb..

Korang boleh baca juga Jom Amalkan Sayyidul Istighfar

Post a Comment

3 Comments

  1. Subhanallah bayk sungguh hikmah puasa Hari Arafah Ni kak

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. ari tu aida dan famili dpt puasa arafah.
    bersyukur sebab dikurniakan kesihatan dpt berpuasa.

    ReplyDelete
  3. taklama lagi nak jumpa ramadhan dah..allah sekejap masa berlalu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️