Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Masak Lemak Ikan Masin pula dengan korang. Rasanya ramai kut peminat masakan kampung macam nie kan. Kebetulan ada nenas yang Mak Abang Man bekalkan untuk kami, takut rosak macam tu aja terus Kak Sue buat Masak Lemak Ikan Masin nie lah. Buat pedas-pedas sikit kan baru lah sedap sikit..
Masak Lemak Ikan Masin
Masak Lemak Ikan Masin Memang Membuka Selera
Masak Lemak Ikan Masin memang membuka selera kan. Antara masakan kampung yang menjadi kesukaan Kak Sue tapi Abang Man dan anak-anak kurang sikit menu yang satu nie sebab katanya ada campur-campur nenas tu depa tak minat pula. Lain kali kalau nak masak kena buat sekali makan aja lah..
Selalunya lauk kampung macam nie memang bertambah makan. Ada pula ulaman dan sambal memang sedap sangat makan kan.. silap-silap mertua lalu pun tak perasan.. amboi sangat kan! Hahaha.. okay lah tak nak buang masa lagi macam biasa jom kita tengok resepi Masak Lemak Ikan Masin nie jom..
Masak Lemak Ikan Masin |
Masak Lemak Ikan Masin
Bahan-bahan :
1 paket ikan masin - dipotong kecil
1/2 biji nenas - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 keping asam gelugor
1 kotak santan Kara
1 kiub ayam Knor
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Masukkan semua bahan yang dikisar tadi dan santan ke dalam periuk
Masukkan juga ikan masin tadi
Kemudian masukkan juga asam gelugor
Masak semua bahan sehingga mendidih
Kemudian masukkan nenas pula
Akhir sekali masukkan kiub ayam Knor dan perasakan garam
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
*Kacau bahan masakan selalu supaya santan tak pecah ya..
Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin
16 Comments
Yaya pun suka sangat lah masak lemak ikan masin ni..dah la mudah nak masak, sedap pula tu. Tapi suami dan anak-anak ikan masin pun tak makan..kalau balik rumah mak bolehlah masak ni..
ReplyDeleteNi salah satu feveret ni Kak Sue, berhantu kalau makan
ReplyDeleteSedap ni kak Sue..masam,masin,lemak..seimbang..fuh..ni kalau mood makan ke laut...makan macam ni..memang..ngam.
ReplyDeleteSedapnya kak
ReplyDeleteLama betul tak makan masak lemak ikan masin campur nanas ni. sedapnya lahaii
ReplyDeleteKuantan has one of the best salted fish
ReplyDeleteUihh kak.. Ini kesukaan zaza ni.. Kalau makan tu memang bertambah nasi ada lauk ni
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
lama tak amkan lemak ikan masin..hehee..sedap ni..tengok pun tau..fuh
ReplyDeleteThis one my mom pernah masak, memang sedap giler kuah dia.
ReplyDeleteLauk favorite kat umah mak ni. Kalau kenduri masak lauk ni, licin cepat. Tuan rumah dpt sisa je. Haha
ReplyDeleteWowww sedapnyaaa Kak Sue..semalam pergi review ada sotong masak lemak nanas style nyonya, banyak juga Lin makannya hehehehe
ReplyDeleteaduhai. sedap sgt ni.
ReplyDeleteletak nenas. masin. manis.
wow, bertambah nasi ni, kak su.
Pehh sedap sgt ni..lagi2 ikan masin kurau masak lemak cmni.. Mau makan xingat dunia hehe
ReplyDeleteFulamak.. ngences dibuatnya kak
ReplyDeletenak kena save resepi ini, supaya ada idea masak nt
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️