Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi info menarik untuk korang yang mana tengah mencari-cari kelas renang untuk keluarga korang. Sekarang nie kan korang boleh ke Kelas Renang Untuk Sekeluarga di Swim Rush Academy tau. Dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak, semua ada kat sini. Pakej yang disediakan memang menarik dan berbaloi untuk korang..
![]() |
Kelas Renang Untuk Sekeluarga di Swim Rush Academy |
Kelas Renang di Swim Rush Academy
Sebenarnya kan Kak Sue pun teringin juga nak belajar berenang sebab Kak Sue memang tak pandai berenang dan pernah hampir lemas masa zaman remaja dulu. Tapi kan dengan Kelas Renang di Swim Rush Academy nie korang tak perlu risau tau sebab pengajarnya berpengalaman dan tau nak atasi perasaan fobia dengan air nie..
Untuk info korang antara perkhidmatan yang disediakan di Swim Rush Academy nie ialah perkhidmatan mengajar kelas renang untuk kanak-kanak seawal umur lima tahun dan juga lelaki dan wanita dewasa khususnya muslimah. Lega kan bila ada kelas renang muslimah macam nie sebab kadang tu susah nak cari kelas renang muslimah nie..
![]() |
Kelas Renang di Swim Rush Academy |
Antara kawasan yang Swim Rush Academy sediakan untuk korang ialah Batu Caves, Bangsar, Cheras dan Shah Alam. Kelas renang 'Basic Water Safety : Swim Fearless" dengan team Swim Rush Academy nie di adakan setiap hujung minggu, tapi kalau korang tak dapat nak join hujung minggu korang boleh aja join pada hari bekerja atau selepas waktu bekerja juga. Menarik kan..
Swim Rush Academy juga ada menawarkan kelas persendirian (private) dan juga menyediakan servis lifeguard. Pilihan belajar secara persendirian iaitu Home To Home Basis dimana jurulatih renang akan datang ke rumah korang. Yang bestnya lagi tak ada caj pengangkutan pun dikenakan tau. Selain tu, kelas renang nie bermula dari kanak-kanak seawal lima tahun dah boleh dah join kelas nie tau.
![]() |
Kelas Renang di Swim Rush Academy |
Swim Rush Academy nie juga bukan sekadar mengajar teknik asas renang aja korang tapi silibis kat sini juga menekankan kemahiran water survival dan confidence program. Selain tu, bagi yang tak tau atau pandai macam mana nak menyelam dalam air, korang boleh belajar diving sedalam 1.2 hingga 1.8 meter. Sesuai lah untuk korang yang berminat nak belajar diving..
Menarik Tentang Swim Rush
• Hanya jurulatih wanita yang mengajar untuk kelas wanita
• Memberi penekanan tentang anti-drown. Jurulatih di Swim Rush adalah lifeguard, jadi akan ada sesi Water Survival Techniques dan meningkatkan Water Confident
• Mengajar teknik asas, Breastroke, Freestyle, Backstroke dan Butterfly
• Unik, menyediakan Men Swimmning Class secara eksklusif di cawangan Batu Caves
• Berpengalaman mengajar pelajar yang ada masalah 'waterphobic'
• Menyediakan kelas ganti
• Percuma Swimming Cap
• Turning from Zero to Hero Swimmer
![]() |
Kelas Renang di Swim Rush Academy |
Cawangan Swim Rush Academy
• Batu Caves : Kompleks Seri Siantan - kelas untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa
• Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya - kelas untuk kanak-kanak sahaja
• Cheras : Kompleks Sukan Desa Tasik - kelas untuk wanita dewasa dan kanak-kanak
• Shah Alam Seksyen 14 : Private Pool untuk kelas dewasa sahaja
Untuk lebih detail dan untuk korang yang berminat nak mendaftar kelas renang nie boleh baca kat bawah nie ya..
Swim Rush Academy
12 Comments
we need swim rush in Kuantan!
ReplyDeletekolin selalu pergi kat selayang tu..tapi tak sign up class lagi laaa
ReplyDeletebuat branch di Melaka :)
ReplyDeletetahniah --> http://www.adianiez.com/2019/09/tukang-komen-bertuah-julai-ogos-terima.html
ReplyDeleteseronoknya boleh belajar renang dekt rumah atau join kelas. Kalau dok KL lagi ni boleh nak anta si zarra renang.
ReplyDeleteBaguslah ada kelas renang mcm nih.. Kalau dekat teringin.nak join juga
ReplyDeleteBestnya kalau dah tahu tempat untuk belajar berenang kan. Tak la pening kepala tercari cari.
ReplyDeletebagus sangat kelas ni..semua orang boleh beljr..lagi wanita muslimah
ReplyDeleteEh ada yg dekat dengan ana lah kak. Boleh survey untuk Syafi ni.
ReplyDeleteDulu masa muda2 teringin nak belajR berenang tapi tak jumpa yang asa untuk muslimah macam ni..
ReplyDeleteJom kak.kita beljar swimming
ReplyDeletebestnya.. tapi kat sini tak ada..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️