Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana bagi tahun 2020. Bagus ada sumbangan macam nie kan dapat ringankan beban dan menceriakan anak-anak  yang memerlukan.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Tahun persekolah 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat senu dan kraftangan serta alat muzik.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli
Selain dari tu, TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pendalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.. dengan ini murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan yang lengkap, juga meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen nie juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025(1) yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli dengan kerjasama pihak kerajaan swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.

Menurut kata Ketua Pengarah JAKAO, Prof Dr Juli Edo kempen nie banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli juga memberi mitivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

"Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah kepada bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA pada para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapar memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru" kata Prof Dr Juli Edo lagi..

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli
Untuk info korang juga TOP nie dah menjalanakan kempen nie selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selaun mendidik mereka supaya menjaga pakaian supaya dapat tampil bersih dan selesa. Setakat nie dah seramai 2,474 orang pelajar dah terima manfaat tau korang. Bagus kan ada kempen macam nie..

Selain tu TOP yang terkenal dengan cucian Micro Clean Tech™ dengan rangkaian Anti Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP juga telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 208. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai kepada kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli
"Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin kepada kesejahteraan kanak-kanak Orang Aslu dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCo dan semua pelanggan. Bersama-sama kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini", kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, juga adakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

"Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangata berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan kepada satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepwnuh hati" kata Cik Ling lagi..

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli
Selain tu, Tok Batin Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

"Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bwrsekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilih untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP!"katanya lagi..

Selain tu Tok Batin Ayof bin Eka dari Kampung Parot Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

"Seramia 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan senu dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,"katanya lagi..

Bawah nie Kak Sue sertakan senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.

No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli
  1.  
SK Pos Musoh, Perak
70
  1.  
SK Pos Lemoi, Pahang
84
  1.  
SK Pos Bersih, Perak
147
  1.  
SK Putra, Negeri Sembilan
110
  1.  
SK Pos Tenau, Perak
79
  1.  
SK Sg Mas, Pahang
79
  1.  
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674

Untuk lebih detail tentang TOP macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..


No Tel - 1-800-88-0133

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah top atas sumbangan yg telah diberikan pada mereka.. Semoga kempen sebegini diteruskan lagi

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kempen macam ni, sekurangnya dapatlah membantu anak-anak orang Asli yang kurang berkemampuan. Tahniah Top

    ReplyDelete
  3. Tahniah top. Kempen yg sgt bagus dalam membantu mereka yg kurang kmampuan kan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Top. Terbaik dan harus dipuji inisiatif yang Top lakukan untuk membantu golongan orang asli

    ReplyDelete
  5. Wah bagus, semoga setiap tahun TOP akan terus membantu golongan yang kurang berkemampuan ni

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. Dapat ringan kan beban mereka.. Bagus TOp

    ReplyDelete
  7. Bagusnya usaha murni TOP buat kempen cmni... Semangat anak2 nak bersekolah lagi2 yg jnis berasrama penuh

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah murah rezeki adik2 tu

    ReplyDelete
  9. semoga ada lagi event macam ni utk bantu diorang..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️