Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat

Assalamualaikum, hai semua. Kali pertama hari nie sepanjang umur dan hidup Kak Sue Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat. Macam-macam perasaan bercampur baur kan.. sedih, sebak semua ada. Bila hari Jumaat tanpa solat Jumaat kita semua tak dapat nak berjemaah di masjid atau surau dah untuk dua minggu nie..

Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat
Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat

Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat

Tak pernah terfikir pun kan yang kita akan lalui hari Jumaat tanpa solat Jumaat. Kebiasaannya kalau hari Jumaat Abang Man dan anak-anak lelaki kami sibuk bersiap berbaju melayu nak ke masjid. Abang Man tak henti-henti ingatkan anak-anak jangan lupa berdoa pada hari istimewa yang satu nie.. hari yang penuh keberkatan..

Tapi.. bermula hari Rabu lepas sampai lah berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara nie kita semua kena ikut  dan akur dengan arahan pemerintah. Tiada solat jemaah dan tiada solat Jumaat. Masjid dan surau kita sunyi.. cuma kedengaran azan sahaja dari jauh.. 

Kak Sue yakin ujian yang Allah beri pada kita semua nie pasti ada hikmahNya. Semoga kita semua dapat perbaiki dan musahabah diri dan keluarga kita. Mana yang kita terlepas pandang, terkurang kita perbaiki. Kadang kita lupa dan lalai, sibuk masing-masing kejar dunia sampai akhirat kita lupa dan letak tepi..

Kak Sue sendiri diberi ujian yang maha hebat, ditambahkan lagi dengan ujian wabak Covid yang melanda negara kita sekarang nie. Apa yang Kak Sue boleh buat hanya berdoa, mengadu dan bercakap kepada Allah. Memohon keampunan semoga Allah ampunkan semua khilaf kita dan mudahkan semua urusan kita dalam menempuh ujian yang Allah dah susun dan tetapkan untuk kita..

Jom kita sama-sama doa semoga wabak Covid19 nie cepat-cepat pergi dan semoga Allah sembuhkan mereka yang dah dijangkiti. Lindungkan lah mereka-mereka yang bertugas membantu orang lain, pahala besar untuk mereka sedang menanti. Tetap lah kita semua dirumah, membantu dan memahami mereka yang korbankan diri untuk berbakti. Ya Allah..  lindungi lah kami.. aamiin Ya Rabb.. Ya Mujib..

Boleh baca kat sini juga Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara

Post a Comment

11 Comments

  1. Tak pernah terfikir Malaysia akan macam ni ...now kita hanya mampu berdoa mohon perlindungan dari Allah ...

    ReplyDelete
  2. sedih kan Kak Sue, tak sangka menjadi saksi Hari Jumaat tanpa solat Jumaat

    ReplyDelete
  3. Rasa sayu sgt Kan.. huhu

    ReplyDelete
  4. Rasa janggal kan kak Sue.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita doa banyak2

    ReplyDelete
  6. risau gerun semua ada dalam jiwa ketika ini sue, hanya mampu terus berdoa agar semua ini akan segera berlalu.. aamiin

    ReplyDelete
  7. Syahdu sangat, Jadi Solat dirumah sama-sama keluarga moga semua diberi kesihatan yang baik dan putuskan rantaian covid-19

    ReplyDelete
  8. Semoga wabak ni cepat berakhir kan kak..

    ReplyDelete
  9. semoga covic-19 dpt dibendung sebelum ramadan. kalau tak, terawih pun sendiri2 dekat rumah. mesti lagi sedih.

    ReplyDelete
  10. sayuuu rasanya. mudah2an ujian ini cepat berlalu..

    ReplyDelete
  11. Dah dua jumaat tak pegi masjid.
    Sembahyang fardhu pun kat rumah aje.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️