Assalamualaikum, hai semua. Macam yang kita semua tahu tahun nie semua peniaga tak dapat meniaga macam biasa. Memula tu risau lah juga kan, nasib kerajaan izinkan kami berniaga Pasar Ramadhan Online. Lega lah sikit kami semua peniaga nie, ada juga pendapatan dan sara hidup. Satu pengalaman baru Pasar Ramadhan Online nie buat kita semua kan..
Untuk kali nie memang ada banyak perubahan cara berniaga Pasar Ramadhan Online nie. Maklumlah pelanggan tak dapat lihat barang yang kita jual secara terus. Semuanya secara online dan nak kena rajin iklankan produk kita. Selain tu kita kena gajikan runner untuk delivery jualan kita. Dan waktu sekarang nie line internet memang agak penting lah untuk kita sebab semuanya secara online kan..
Pasar Ramadhan Online 2020 |
Masa awal bulan Ramadhan hari tu, tak ramai sangat peniaga-peniaga Kelapa Laut Man Java buat order. Maklum lah masing-masing buntu dan terkejut dengan keadaan sekarang nie kan. Tapi bila dah tau boleh berniaga secara online dan ada yang dah buat duit dengan izin Allah bertubi-tubi masuk order sampai jadi jem order sebab sangkut barang bahan mentah dan botol. Tahu aja lah dengan keadaan sekarang nie pergerakan agak terbatas.. lambat siap kerja..
Order dari pelanggan yang nak buat minum sendiri pun boleh tahan juga buat masa sekarang nie. Cuma buat masa sekarang kalau untuk ready to drink tu kami hanya buka order area Selangor dan KL sahaja. Kami juga tengah usaha nak siapkan semua order dan delivery semua ikut susunan order dan kawasan. Kak Sue berharap sangat semua pelanggan kami faham dengan situasi yang kita semua kena sama-sama lalui sekarang nie ya..
Pasar Ramadhan Online 2020 |
Apapun Kak Sue bersyukur sangat bila kerajaan membenarkan kami peniaga meniaga Pasar Ramadhan Online. Walaupun pendapatan tak sehebat tahun-tahun yang lepas cukup lah untuk kami teruskan hidup dengan Perintah Kawalan Pergerakan nie. Satu pengalaman paling berharga buat kami melalui pengalaman baru meniaga Pasar Ramadhan secara online. Memang kena pikir luar kotak untuk lariskan jualan..
Kak Sue juga nak meluah rasa sikit.. yang situasi kita semua tak sama, jadi pada pendapat Kak Sue tak perlu kita menambahkan atau memburukkan lagi keadaan. Kita doa, tulis dan cakap yang baik-baik, InsyaAllah semua perkara yang baik akan berbalik kepada kita semula. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. aamiin Ya Rabb.. Rezeki Sama Dikongsi.. papai!
12 Comments
semoga dimurahkanNya rezeki buat sue sekeluarga dan selamat semua urusan, aamiin. rindu juga dengan bazar ramadan BTP kan :)
ReplyDeleteRezeki untuk kita tetap sampai pada kita dengan cara apa sekalipun kan Kak Sue.
ReplyDeletealhamdulillah..ada juga cara lain boleh meniaga. kurang2nya boleh bantu rakyat yang sumber pendapatan memang sepenuhnya pada perniagaan untuk menyara hidup..
ReplyDeleteSedapnya tgk air tu.. Apa pun semoga dipermudahkan urusan kak sue.
ReplyDeletesedapnya air.. senang nak bancuh...
ReplyDeleteAlhamdulillah ada juga inisiatif kerajaan membantu peniaga peniaga untuk wujudkan bazar ramadhan online kan kak sue. Sekurang kurangnya ada juga sumber pendapatan
ReplyDeleteWah senang macam ni ada delivery lagi, tapi kita agak jauh tak cover sampai tempat kita, teringgin air durian belanda tak pernah rasa
ReplyDeleteThis is the new normal, tahun ni hanya ada bazaar ramadan online jer
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Sue kan. satu lg sebab bila letak botol org bleh simpan apa. dan org lebih tau kan..
ReplyDeleteSemoga dimudahkan ya.
Semoga dilimpahi rezeki Kak Sue sekeluarga
ReplyDeletealhamdulillah rezeki Ramadhan..:) new normal
ReplyDeletesemoga bertambah rezeki dan perniagaan kak sue dan abg man
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️