Assalamualaikum, hai semua. Setiap tahun tarikh yang sama pasti datang lagi. Buah hati hasil kasih sayang Ibu dan Abah yang pertama.
Sanah Helwah Kakak Sayang.. macam selalu, setiap masa, setiap hari dan setiap tahun.. doa dan redha Ibu sentiasa akan bersama Kakak. Semoga Kakak selalu dalam jagaan Allah..
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
Sambutan Hari Jadi Kakak
Tahun nie sebenarnya kami tak plan sangat pun nak buat sambutan Hari Jadi Kakak. Kak Sue ada lah sembang dengan Abang Man nak makan kat luar sebab kesian Kakak asyik terperuk aja kat rumah sejak PKP nie. Lagi pun Kakak tu memang jenis tak suka keluar rumah sangat. Cuma bila hari jadi Kakak, kena lah buat sambutan sikit walau ala kadar kan. Saja nak bagi anak-anak seronok..
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
Petang tanpa dirancang Abang Man terus ajak kami sekeluarga ke Lebai Pak King Of Street, Selera Utara, Nilai, tempat kawan Abang Man berniaga. Katanya meriah kat situ, banyak pilihan makanan. Jadinya terus Abang Man buat tempahan meja sebab takut ramai pula nanti. Dalam diam Abang Man minta kawan Abang Man belikan kek harijadi juga untuk Kakak. Hadiah awal-awal dah Kak Sue dan Abang Man beli diam-diam hari tu.
Jadi tiba malamnya, lepas solat maghrib terus kami sekeluarga ke sana. Rupanya tempat niaga dah berubah sikit ke bahagian dalam. Katanya dapat aduan dari orang ramai menganggu berniaga kat situ. Kesiannya kita nie kalau orang Melayu berniaga kan, ada aja tak kena. Semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik untuk kawan Abang Man tu..
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
Seterusnya, sampai aja kat situ.. terus kami dibawa ke meja yang dah disimpan untuk kami. Sambil sembang santai kami terus order apa yang ada kat situ. Kak Sue tak sempat nak ambik gambar sebab anak-anak semua dah lapar masa tu. Tapi alhamdullilah semua makanan sedap belaka. Masa tengah menjamu selera tu lah, kawan Abang Man si Helmi buat kejutan dengan kek dan nyanyian hari jadi untuk Kakak dari busker yang ada kat situ.
Reaksi Kakak memang nampak terkejut sebab tak sangka orang lain pun tahu hari tu kami akan buat sambutan hari jadi Kakak. Sebab harijadi Kakak sebenarnya keesokkannya. Saja buat awal sebab esoknya Abang Man berniaga. Maka selesai lah sudah sambutan hari jadi Kakak untuk tahun nie. Ibu, Abah dan adik-adik harap Kakak seronok dengan kejutan hari jadi yang tak seberapa kali nie ya..
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
Ibu simpan kenangan sambutan hari jadi Kakak dan semua orang yang Ibu sayang kat sini. Bila Ibu tak ada nanti boleh lah korang semua datang sini baca dan lepaskan rindu. Sanah Helwah Kakak Sayang, semoga Kakak sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, dipermudahkan semua urusan Kakak, berbahagia dunia akhirat.. We love you Kakak sayang.. ❤
|
Sanah Helwah Kakak Sayang |
Cerita hari jadi Kakak tahun lepas boleh baca kat sini
Sanah Helwah Kakak Sayang 2019
7 Comments
sanah helwah kaka... macam adik kakak jer... maknya awet muda... hehe
ReplyDeleteMoga apa sahaja doa kak Sue untuk anak-anak Kak Sue Allah kabulkan.Sanah helwah kakak.
ReplyDeleteSanah Helwah Kakak... Semoga dilindungi dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletehappy birthday kakak wanie :)
ReplyDeleteSanah helwah,Semoga dilindungi dalam rahmat Allah
ReplyDeleteSanah helwah kakak. Semoga berjaya dan selamat di dunia dan akhirat.
ReplyDeletehappy birthday kakak.. dah macam copy paste mak dia.. semoga panjang umur dan murah rezeki
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️