Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Thai pula dengan korang. Sebenarnya kalau korang yang biasa ikut Kak Sue kat FB mesti tau Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu yang rajin nak mencuba resepi baru nie. Sejak belajar online kat rumah nie, Kakak memang rajin tolong Kak Sue masak. Okay lah tak nak sembang panjang jom kita tengok resepi Ayam Masak Thai nie jom..
Ayam Masak Thai |
Resepi Ayam Masak Thai
Resepi Ayam Masak Thai nie tak guna banyak bahan pun korang. Senang dan ringkas aja pun nak masak. Kalau nak cepat atau rasa tak ada selera nak makan buat masakkan ringkas macam nie pun bagi Kak Sue dah sedap dah. Dalam resepi nie kalau korang tak suka makan pedas, kurangkan aja cili padi tu. Macam tomato ceri tu pun saja Kakak tambah.
Kami memang suka masakan Thai macam nie sebab ada rasa masam dan limau selalunya kan. Kebetulan sejak dua menjak nie Kak Sue tak berapa selera nak makan. Bila lauk macam nie baru lah ada sikit selera. Okay lah.. mari kita tengok bahan dan cara nak masak Ayam Masak Thai nie ya..
Ayam Masak Thai
Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong ikut kesukaan korang
1 biji bawang merah - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
3 helai daun limau purut - dihiris halus
1 biji bawang holand - dihiris halus
6 biji tomato ceri - dibelah dua
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Cara :
Goreng ayam yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga sedikit garing
Tos dan ketepikan dulu
Kemudian tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing
Masukkan sedikit air, sos tiram, sos tomato dan daun limau tadi
Biarkan kuah masak sekejap
Masukkan ayam tadi dan bawang holand
Masukkan pula tomato ceri
Akhir sekali perasakan dan kacau sekejap
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
9 Comments
Sedapnya kak su. Menu simple mcm ni. Menyelerakan
ReplyDeletenampak sedap tu..boleh try nanti. resepi mcm ayam masak paprik pun ada kan
ReplyDeleteSedap tuu boleh try masak
ReplyDeleteMudah dan ringkas tapi boleh pancing selera kan kak.
ReplyDeleterajin la kakak. isi masa lapang dia blaja kat umah ekk :)
ReplyDeletesgt bagus. ibu ada pembantu.
k sue, nanti email aida (adianiez@yahoo.com) alamat surat-menyurat.
berkaitan dgn --> https://www.adianiez.com/2019/09/tukang-komen-bertuah-julai-ogos-terima.html :)
Sedapnya tengok boleh cuba nie...
ReplyDeleteMasakan Thai tak pernah tak sedap melainkan sedap belaka!
ReplyDeleteEhh senang je nak masak ayam ni ehhh ... leh la nak try nanti bagi ubah selera ... nyummm nyummm ...
ReplyDeletesedapnya kak sue.. nak sket
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️