Sanah Helwah Adik Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie hari istimewa untuk anak bongsu Kak Sue si Adik atau lebih dikenali dengan Ustaz Kecik dikalangan kawan-kawan Kak Sue. Ustaz Kecik yang tak berapa nak kecik dah pun sekarang nie. Dah tinggi dari Ibu dah haa. Apapun.. Sanah Helwah Adik Sayang, Ibu doakan semoga tahun nie dan seterusnya akan datang perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup Adik ya. Ibu love you..

Sayang Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Sanah Helwah Adik Sayang

Setiap tahun kalau ada yang perasan lah kan, Kak Sue dan Adik akan sambut majlis atau sambutan hari jadi sama-sama. Sebabnya ialah tarikh hari lahir kami berdua selang sehari aja pun, jadi selalunya akan buat sambutan sama-sama. Tahun nie kami tak ada buat sambutan apa pun, cuma ada lah Abang Man, Abang dan Kakak buat kejutan dengan kek hari jadi untuk kami berdua. Tak lupa juga Acik Nurul, adik Abang Man yang buat kejutan dari jauh, sampai dua biji kek Acik order untuk kami semalam. Terima kasih banyak sangat Acik, terharu kami sekeluarga. 

Sayang Helwah Adik Sayang
Sayang Helwah Adik Sayang
Untuk hari jadi Adik hari nie kami tak ada plan apa-apa sebab kita dalam suasana PKPB nie kan. Nak bergerak kemana-mana pun tak boleh, kami pun memang malas nak keluar sejak dari PKPP lagi kalau tak ada benda penting nak buat atau cari. Lebih baik masak-masak makan aja kat rumah dan habis tiga biji kek kat rumah sambil layan TV. Cuma hadiah untuk Adik aja Kak Sue dan Abang Man belum cari lagi.

Walaupun dalam keadaan PKPB sekarang nie, hadiah tetap lah kena cari kan. Bila dah terbiasa bagi hadiah setiap kali hari jadi orang tersayang, bila tak ada hadiah tu rasa tak lengkap pula rasanya. Padahal anak-anak tak kisah pun sebenarnya. InsyaAllah, esok atau bila ada masa lapang dua, tiga hari nanti ingat nak keluar juga cari hadiah untuk Adik.

Sayang Helwah Adik Sayang
Sayang Helwah Adik Sayang
Apapun, akhir sekali dan sekali lagi.. Ibu nak ucapkan Sanah Helwah anak Ibu, Adik sayang. Doa Ibu semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan jagaan kasih Allah, dan sekali lagi juga semoga semuanya yang datang baik-baik aja dalam hidup Adik, dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb.. Doa dan redha Ibu akan sentiasa ada untuk Adik. We love you so much Anja Ibu.. papai!

Korang boleh juga singgah baca kat sini Kejutan Sambutan Hari Jadi Ibu dan Adik


Post a Comment

13 Comments

  1. Sanah Helwah Kak Sue dan Adik Faris. Alhamdulillah.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Di mana pun moga setiap apa yang dilakukan selalu Allah lancarkan. Sanah helwah ya.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday dik 🎉 semoga sentiasa sihat dan belajar bersungguh2 tau..balas jasa kedua ibu bapa ❤️

    ReplyDelete
  4. Happy birthday usztaz kecik. Besar la ni.. Dulu fariza suka main erk.. Heehe.. Semoga jadi anak soleh

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Ustaz Kecik.. semoga besar nnt jadi ustaz besar yer.. sambutan kecil tp tetap meriah kalau dgn org2 yg kita sayang kak sue..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir buat putera bongsu kak sue. Semoga diberkati usia, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi kasih sayang orang orang tersayang

    ReplyDelete
  7. Semoga usia diberkati dan bertambah rezeki.

    ReplyDelete
  8. Happy birrthday adik semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete
  9. Happy birthday kak Su & adik. Moga pjg umur dan d murahkan rezeki. Syukur kan kakmWalau PKPB kita masih boleh berkumpul dgnkeluarga kan.. Indah kehidupan kita..

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday Ustaz Kecik.. semoga berjaya dunia akhirat..
    jadi aset ibu ayah kesyurga ameen..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️