Assalamualaikum, hai semua. Lama betul Kak Sue tak kongsi aktiviti deko rumah Kak Sue kat sini kan. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi Deko Dapur Kak Sue Dengan Label Sticker Dapur pula dengan korang. Ya lah, sebelum nie banyak fokus mendeko ruang tamu dan bahagian lain, jadi kali nie kalau boleh nak siapkan deko Dapur Kak Sue dengan label sticker dapur pula. Biar nampak lebih kemas dan cantik..
Deko Dapur Kak Sue Dengan Label Sticker Dapur |
Deko Dapur Kak Sue Dengan Label Sticker Dapur
Bahagian dapur kat rumah Kak Sue nie memang ambil masa juga nak siapkan kerja mendeko nie. Masih belum menepati citarasa Kak Sue.. amboi sangat kan, hahaha.. nak bercitarasa bagai lagi haaa! Ala Kak Sue bukan nak deko bagai nak rak pun, cuma nak yang simple, kemas, cantik dan semestinya dengan tema putih..
Deko Dapur Kak Sue Dengan Label Sticker Dapur |
Tapi.. yang frustnya.. bila ke Ikea hari tu, stock rak yang Kak Sue cari, out of stock lah pula. Kalau tak dah cukup lah semua yang Kak Sue nak. Jadi terbantut lah plan Kak Sue nak deko dapur lagi kali nie. Tapi disebabkan dah mula mengemas, Kak Sue teruskan aja plan deko Dapur Kak Sue nie. Bahagian kabinet dari Ikea dah siap sepenuhnya dah, tinggal kabinet dapur aja ada sikit lagi nak kena kemas..
Deko Dapur Kak Sue Dengan Label Sticker Dapur |
Jadinya.. baru-baru nie Kak Sue tambah kabinet dari Ikea untuk nampak lebih kemas, sebab kabinet dapur yang sedia ada tak cukup nak susun segala pinggan mangkuk, bekas Tupperware, Tipuware bagai tu. Serik dah nak membeli lepas nie rasanya, tapi boleh percaya ke tak serik membeli tu kita tengok lah nanti ya.. serik lah sangatttt..
Buat masa nie Kak Sue susun dulu balang rempah ratus bagai tu kat rak Ikea yang sedia ada sebelum nie. Janji masih nampak kemas dan cantik. Nanti bila ada stok rak yang Kak Sue nak tu, boleh lah Kak Sue ke Ikea lagi. Bagi Kak Sue bila dapur kita kemas, bersih dan cantik, ia dapat beri kepuasan pada diri kita. Okay lah korang, kalau korang nak sticker dapur macam Kak Sue nie, korang boleh lelaju ke IG Itsme__Naar nie hokay. Jumpa lagi next entri deko-deko.. papai!
Korang juga boleh baca deko-deko kat sini Deko Rumah Dengan Barang Ikea
12 Comments
Alhamdulillah. Suka.
ReplyDeletekemas dan teratur
ReplyDeletemenarik Kak Sue nampak kemas sekali.. suka tengok! senang nak masak dan cari bahan semua dah ada label kan
ReplyDeleteCantik dan comel2 la bekas tu semua....
ReplyDeletechaantek n comel je tagging barangan dapur camni., kann.,
ReplyDeleteCantik Dan teratur sgt.. suka tgk dapur kak sue
ReplyDeleteCantikk bekas dan sticker tu
ReplyDeleteComelnya. Teratur pula tu :)
ReplyDeletecantik dan kemas kak, saya tak buat semua labelling . sebab jarang2 balik rumah, takut kang expired tak perasan pulak kan,
ReplyDeleteAna pun label setiap botol kat rumah ni kak. Nampak kemas dan senang nak cari bila nak gunakan.
ReplyDeleteKemas dapur kak sue. Boleh jadi inspirasi nie :)
ReplyDeleteCantiknya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️