Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi satu perkongsian mesej dari group wasap family Abah Kak Sue.. Sedekah Selain Daripada Harta dan Wang Ringgit. Macam kita tau, ada banyak cara kita nak dapat pahala bila bersedekah nie kan. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi kat sini sebagai ingatan untuk diri Kak Sue dan keluarga juga untuk kita semua, sedekah selain daripada harta dan wang ringgit.
Sedekah Selain Daripada Harta dan Wang Ringgit |
Sedekah Selain Daripada Harta dan Wang Ringgit
Sebelum Kak Sue nak kongsi apa sedekah selain daripada harta dan wang ringgit nie, Kak Sue nak ucapkan terima kasih kepada Pak Long Kak Sue yang sudi kongsikan nasihat yang bagus nie untuk ingatan kita bersama. Tak lupa juga semoga pahala berpanjangan untuk tuan punya post asal nie yang juga sudi berkongsi mesej nie untuk kita semua.
Ada beberapa jenis sedekah yang bukan bentuk wang ringgit yang akan diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT pada kita kalau kita amalkannya. Jom kita tengok kat bawah nie jom..
Sedekah Selain Daripada Harta dan Wang Ringgit
• Berdoa
• Sebarkan Ilmu Yang Bermanfaat
• Memberi Nasihat Yang Baik
• Senyum Kepada Saudaramu
• Memberi Pertolongan Kepada Orang Lain
• Memberi Masa Kepada Keluarga Dan Ibu Bapa
• Memberi Pendidikan Kepada Anak-anak (Tarbiyyah)
• Bersabar Dengan Dugaan
• Memberi Peringatan Kepada Rakan
• Menghalang Perbuatan Jahat
• Bercakap Dengan Lemah Lembut
• Memberi Maaf
• Menghormati Orang Lain
• Bergembira Dengan Kejayaan Orang Lain
• Mengziarahi Orang Sakit
• Membuang Halangan Di Jalan
• Memberi Nafkah Keluarga
Semoga dengan perkongsian kali nie beri manfaat untuk kita semua. Selamat beramal..
5 Comments
Mudahnya amalan sedekah
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian yg sangat bermanfaat..
ReplyDeleteBetul kak Sue,sedekah ni ada banyak jenis dan pelbagai cara. Jangan bila kita tak nampak orang memberi (duit la terutamanya) kita perli-perli orang tu tak bersedekah ke. Kena ubah cara berfikir.
ReplyDeleteterima kasih kak sue.. tak semestinya dgn wang ringgit saja kan
ReplyDeleteperingatan utk diri sendiri jugakk.. aminn
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️