Assalamualaikum, hai semua. Dah nak masuk dua minggu kita semua berpuasa baru lah Kak Sue sempat nak berkongsi masakan Kak Sue lagi kat sini. Tahun nie pun rasa masa tak dan buat untuk Kak Sue nak menjengah ke sini. Kali nie Resepi Daging Harimau Menangis yang memang viral sana sini sekarang nie. Tapi resepi Daging Harimau Menangis nie Kakak yang masak dan cuba hari tu.. jom kita tengok resepinya jom..
Daging Harimau Menangis |
Resepi Daging Harimau Menangis
Resepi Daging Harimau Menangis nie sebenarnya Kak Sue jumpa di IG Kak Yatie Kitchen. Sekarang nie Kak Sue atau Kakak memang suka cari resepi kat IG. Bukan setakat IG Kak Yatie aja, Wana Kamal dan Mori Said pun antara IG rujukan kami anak beranak..
Korang kalau tak ada idea nak masak, selain Kak Sue jemput datang blog Kak Sue nie.. boleh lah ke IG yang Kak Sue kongsi kat atas tadi tu. Semua resepi depa sedap-sedap belaka dan mudah nak disediakan. Cuma kadang Kak Sue ubah atau tambah sikit bahan dalam resepi tu ikut selera Kak Sue sekeluarga.
Ubah pun tak ada lah melampau, contohnya kalau bahan tak ada, Kak Sue letak yang lebih kurang sama. Dan selalunya Kak Sue tambah kepedasan aja dalam setiap resepi tu. Okay lah, cukup lah bercerita pasal resepi di IG.. jom Kak Sue nak kongsi resepi Daging Harimau Menangis dengan korang jom..
Daging Harimau Menangis
Bahan :
1/2 kg daging
1 biji bawang holand - dihiris nipis
3 biji bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili padi - di ketuk
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut - dicarik
1 biji limau nipis - diperah jusnya
2 biji tomato - dibelah empat
Daun bawang - dipotong panjang
Sos tiram Adabi - secukup rasa
Kicap Manis Adabi - secukup rasa
Lada hitam - tumbuk kasar juga secukup rasa
Serbuk lada hitam dan lada putih - secukup rasa
Mushroom Seasoning - secukup rasa
Brown sugar - secukup rasa
Cara :
Goreng daging dengan minyak sampai air daging kering. Toskan, kalau minyak banyak ya.
Masukkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam kuali
Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi
Masukkan pula daun limau purut
Masukkan sos tiram Adabi dan kicap manis Adabi, kacau
Kemudian perahkan jus limau nipis ke dalam masakan dan gaul sebati
Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi, serbuk lada hitam dan putih. Gaul lagi.
Kemudian masukkan pula mushroom seasoning dan brown sugar.
Kacau hingga bergaul mesra
Akhir sekali masukkan daun bawang kacau lagi, tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Korang boleh cuba resepi daging yang lain kat sini Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman
12 Comments
sedapnya daging harimau menangis😋
ReplyDeleteIngatkan masak daging harimau tadi.
ReplyDeleteuiss tajuk resepi mengancam... tapi nampak sedap kak sue... adududu...
ReplyDeleteSedap tu kak..zaza xpernah masak daging sbb fmly tak berapa makan..tp kalau nak try nanti blh la cuba resepi ni
ReplyDeleteNangis wawa tengok kak.. Hihi... Sebab kt sini pyh btul nk dpt stok daging rimau menangis ni... Sedap lak tgok
ReplyDeleteboleh cuba nie.. buat lauk berbuka puasa kan.. sedapnya
ReplyDeleteRecipe ni memang hit, nanti sis nak try juga but i buat versi daging ayam.
ReplyDeleteBoleh dapat bayangkan kesedapan menu ni kak. Ngences dibuatnya. Hehe.
ReplyDeleteFav Marsha ni kak su...nak buat jugaklah..kecuq air liur dah
ReplyDeleterasa macam nak pakai daging harimau menangis plk bl tgk entri kak su ni
ReplyDeleteminum susu
ReplyDeletesusu full cream
susu penuh krim
kebaikan omega 3
minum susu
ReplyDeletesusu full cream
susu penuh krim
kebaikan omega 3
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️