Sanah Helwah Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Sanah Helwah Sayangku. Tahun nie hari lahir, hari istimewa suami Kak Sue yang tersayang Abang Man jatuh dalam bulan Syawal pula. Tapi tahun nie pun kami sekeluarga masih tak dapat nak sambut beria sangat sebab kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan kan. Nak keluar makan- makan memang tak boleh lagi.. jadi kita buat cara kita aja lah kan..

Sanah Helwah Sayangku


Sanah Helwah Sayangku

Di sebabkan tahun nie pun macam tahun lepas, kami anak beranak buat kejutan ringkas ja untuk Abang Man. Cuma tahun nie plan lari sikit sebab Abang Man tertido sebelum sempat kami nak buat kejutan hari lahir. Tapi kami tetap teruskan juga.. memang terkejut betul lah member tengah tido kan.. sempat lagi cakap terima kasih dan sambung tidur balik.. kepenatan bekerja keras dan tak cukup tidur masa bulan puasa hari tu.. hehehe..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Sebenarnya Kak Sue order kek dari kawan dah awal sehari dari tarikh hari lahir Abang Man. Siap pesan suruh semua anak-anak kena ada kat rumah malam tu. Saja lah kan, nak cipta kenangan manis yang bakal akan kita kenang nanti. Walau tak dapat nak meraikan sangat, kita buat lah cara kita suka dan rasa happy..

Memang sejak dari bertunang sampai lah dah berumah tangga Kak Sue memang suka nak meraikan hari lahir Abang Man. Apa yang penting, dalam keadaan negara kita tengah diuji hebat sekarang nie, kita kena kekal tenang dan menjaga diri dan keluarga kita. Setiap peluang dan masa harus kita hargai bersama keluarga dengan kenangan-kenangan yang manis untuk dikenang. Untuk yang pahit pula kita boleh jadikan sebagai pengajaran dan pelajaran pada masa akan datang..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Rasanya cukup dulu lah sembang Kak Sue kali nie. Apapun.. doa Kak Sue semoga Abang Man sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah. Semoga semua perkara terbaik akan datang untuk Abang Man dan kami sekeluarga selepas ini. Kak Sue bersyukur Allah kurniakan suami dan Abah yang selalu faham, sabar dan penuh dengan rasa kasih sayang dan tanggungjawab untuk Kak Sue dan anak-anak. We love sayangku.. ❤️

Kenangan Sambutan Hari Lahir 2020 - Sanah Helwah Sayangku

Post a Comment

5 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️