Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Goreng Tomyam. Sebenarnya Kakak anak dara Kak Sue yang masak dan resepi Nasi Goreng Tomyam nie Kakak ambik kat Tik Tok katanya. Semenjak Kakak kena sambung belajar kat rumah nie memang rajin Kakak nak cuba macam-macam resepi. Jom lah kita tengok cara dan bahannya jom..
Nasi Goreng Tomyam |
Resepi Nasi Goreng Tomyam
Sebelum Kak Sue nak kongsi resepi Nasi Goreng Tom Yam nie, saja Kak Sue nak sembang-sembang kejap dengan korang. Ya lah, kita sekarang nie tak dapat nak keluar ke sana sini kan, jadi dapat sembang secara maya pun jadi lah kan.
Setiap hari rutin kita mak-mak nie yang sama aja kan.. memasak, mengemas dan mencuci. Tu belum yang kena pantau atau ajar anak yang belajar secara online. Pendek kata selagi tak tutup mata kerja, kerja dan kerja.. hehehe.. Bab paling pening, nak masak apa setiap hari kan.. sampai dah tepu dah otak nie haa..
Kadang kat rumah nie dan Kak Sue rasa sama macam kat rumah lain dan mak-mak lain pun pening dok pikir apa nak masak setiap hari kan. Nasib lah ada Kakak kat rumah nie dan rajin dok cari resepi kat media social. Senang sikit kerja ibu, ada jugak idea nak masak. Kalau tak tak tau lah Ibu.. Okay lah setakat nie dulu lah kita sembang, nanti kita sambung sembang next entri lah ya. Jom kita tengok resepi Nasi Goreng Tomyam nie pula jom..
Nasi Goreng Tomyam
Bahan tumis :
3 pot beras - dimasak dulu
20 ekor udang - digoreng, ketepikan
1 biji bawang holand - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
10 biji cili padi - dihiris
2 batang serai - dihiris
3 helai daun limau purut - dicarik
1 biji tomato - dipotong kecil
Kalau suka sayur boleh masukkan sayur. Kakak masukkan brokoli aja.
Bahan sos :
3-4 sudu pes tomyam
1 kiub ayam
4 sudu sos ikan
2 sudu gula
3 sudu air limau
Sedikit serbuk perasa
Cara :
Tumis kan bahan tumis tadi sehingga naik bau
Masukkan bahan sos, kacau lagi
Kemudian masukkan sayur dan nasi
Kacau sekejap, tutup api
Sedia untuk dihidangkan
Korang boleh juga cuba resepi Nasi Goreng yang lain kat sini Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis
8 Comments
waaaa sdapnyaa , aura pes tomyam tu buatkan nasi sedap..
ReplyDeleteSedappp
ReplyDeleteNampak sedap banyak portionnya
ReplyDeleteSedap . Kalau ada daun limau purut CCL sellu hiris halus2 masukkan dlaam nasi goreng . Aroma dia tu ... Naik
ReplyDeleteSedap kak.. favourite saya ni
ReplyDeleteSedapnya, boleh try masak juga nanti nih..
ReplyDeleteLapar tengok nasi goreng tomyan akak ni memalam. Sedap sangat nampaknya tu.
ReplyDeletebaca resepi akak terasa nak buat pulak
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️