Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral

Assalamualaikum, hai semua. Lama dah Kak Sue teringin nak minum dan cuba Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral nie tau. Teringin pula nampak lalu lalang dekat social media, sedapnya kalau minum dalam cuaca panas kan. Jadi Kakak pun ajak Kak Sue cuba buat sendiri Cha Bang Ang Desert Thai Viral nie hari tu. Bahan pun senang dan tak banyak.. jadi marilah kita tengok resepinya jom..

Resepi Cha Bang Ang Desert  Thai Viral
Cha Bang Ang Desert  Thai Viral


Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral

Sekarang nie dah ada macam-macam minuman dan makanan dari negara luar kat Malaysia nie kan. Sama macam Cha Bang Ang Desert Thai Viral nie. Kalau tak silap Kak Sue, siap ada yang buat berniaga lagi. Ya lah, sekarang nie dah ramai orang yang berniaga, jadi kita kena cari idea yang lain dari yang lain sikit kan. Janji bersaing secara sihat..

Dekat taman perumahan Kak Sue nie memang penuh orang berniaga. Dah macam pasar malam pun ada, macam pasar petang pun ada. Nak makan apa semua ada, dari pilihan minuman sampai lah ke pilihan makanan. Cuma siapkan duit aja lah. Anak-anak Kak Sue sendiri pun berniaga juga. Tapi kami berniaga burger depan rumah dan dalam blok kami sahaja. Jadilah kan buat belanja dan duit poket anak-anak.

Macam tu lah kan, dalam musim PKP nie apa lagi yang kita boleh buat selain bertahan dan teruskan hidup selagi terdaya. Kak Sue doakan semoga kita semua diberi ketabahan hati dan dimudahkan semua urusan ya. InsyaAllah, kita pasti menang! Okay lah, tak nak bebel panjang lagi, jom lah kita terus tengok resepi Cha Bang Ang nie jom..

Resepi Cha Bang Ang

Bahan :
1 ketul cincau - potong kecil
2 sudu Chia seed
500ml susu segar
1/2 tin susu cair
5 sudu susu pekat
1 cawan gula perang

Cara :
Masak gula perang dengan sedikit air sehingga larut. Kemudian sejukkan.
Campurkan semua susu tadi, kacau sebati
Akhir sekali masukkan ais batu, cincau, gula perang dan susu.
Kacau, sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

8 Comments

  1. Tak pernah try lagi minum cha bak ang. Boleh buat kat rumah ni😁. BTW salam perkenalan & jemput join pencarian bloglist Syu 😊 https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html

    ReplyDelete
  2. Bagai terasa sejuk je dia lalu kat leher kak....

    ReplyDelete
  3. Sedap Dan menyejukkan badan ni

    ReplyDelete
  4. ok cantik semua bahan ada kat rumah ni.. boleh gak nak buat ni.. tq kak share resepi..

    ReplyDelete
  5. Sedapnye kak sue.. minum time panas-panas segar tekak

    ReplyDelete
  6. wah
    1st time dengar
    nanti nak cuba buat lah

    ReplyDelete
  7. Memang sedap minum Cha Bang Ang ni. Lagi-lagi waktu panas.. Elok sejuk je tekak minumnya.. Arrgghhh...LeYa nak try buat jugak laa nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️