Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine yang berevolusi bagi menggalakkan vaksinasi untuk semua anak-anak Malaysia!

Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine
Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine 

Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine Life) telah melancarkan Kempen JomVaccine untuk semua anak-anak Malaysia. Menariknya, kempen ini terbuka kepada rakyat Malaysia, termasuk yang bukan pelanggannya.

Dengan kenaikan kes COVID-19 baru-baru ini, tidak menghairankan bahawa vaksinasj semakin mendesak dan sangat penting ketika ini. Oleh itu, sempena pelancaran Kempen JomVaccine, Tokio Marine Life ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk kekal selamat sambil mendapatkan vaksin mereka. Apakah sebenarnya Kempen JomVaccine? Kempen JomVaccine menawarkan perlindungan PERCUMA untuk rakyat Malaysia yang mengalami kesan sampingan akibat daripada vaksinasi COVID-19 yang diterima.

Bagi bukan pelanggan Tokio Marine Life pula, Tokio Marine Life akan membayar pendapatan harian sebanyak RM120 (sehingga 5 hari) jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dan RM5,000 sekiranga orang itu meninggal dunia kerana kesan sampingan vaksin COVID-19. Rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun boleh mendaftar untuk Kempen JomVaccine ini secara PERCUMA. Perlindungan percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, bergantung kepada yang mana yang lebih awal.

Begitu juga, faedah yang ditawarkan kelada pelanggan Tokio Marine Life yang aktif adalah lebih daripada dua kali ganda. Seorang pelanggan layak menerima pendapatan harian sebanyak RM240 (sehingga7 hari) sekiranya dimasukkan ke hospital dan RM12,000 faedah kematian disebabkan kesan sampingan vaksinasi COVID-19. Perlindungan percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, bergantung kepada yang mana lebih awal.

Kempen JomVaccine adalah inisiatif tambahan khas di bawah Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19 bernilai RM5 juta yang dilancarkan pada awal tahin 2021 untuk meringankan beban pelanggan. Sekiranya pelanggan pelan perubatan yang layak dimasukkan ke hospital swasta sebagai pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, dana ini akan membayar balik perbelanjaan perubatan masing-masing berjumlah sehingga RM5,000, RM10,000 dan RM20,000. Sebagai tambahan, jika pelanggan pelan perubatan yang memenuhi syarat dimasukkan ke mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksinasi COVID-19, dana ini akan membayar balik perbelanjaan perubatan yang dikeluarkan sehingga RM5,000.

Kata Encik Toi See Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, di Tokio Marine Life, mereka ' Look Beyond Profit' dan bertindak dengan penuh integriti bagi kepentingan pelanggan, rakan perniagaan dan masyarakat. Mereka juga dengan senang hati memberikan sokongan kepada semua pelanggan mereka dan semua anak-anak Malaysia dengan melancarkan Kempen JimVaccine ini. Mereka juga menggalakkan semua rakyat Malysia untuk bekerjasama bagi mengatasi pandemik COVID-19. Bersama-sama, kita boleh melintasi sebarang kesulitan!

Haa.. jom korang daftar kempen JomVaccine nie dan dapatkan perlindungan PERCUMA sebelum pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2021 nanti. Untuk lebih detail korang boleh tengok sini hokay Kempen JomVaccine.



Post a Comment

0 Comments