Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue harap semuanya dalam keadaan sihat dan tenang-tenang aja selalu ya. Sekarang nie boleh dikatakan kebanyakan dari kita rasa tertekan dengan keadaan pandemik yang melanda negara kita kan. Jadi Kak Sue nak kongsikan Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda untuk kita semua amalkan setiap hari.. insyaAllah..

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda
Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda


Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Sebenarnya kan bukan apa, Kak Sue pun tak terkecuali juga rasa terkesan juga dengan keadaan sekarang nie. Kadang bila datang rasa cemas.. terus dada rasa berdebar, susah nak bernafas dan mudah sangat sensitif. Macam-macam kadang tu bermain di fikiran, risau dengan keadaan kewangan dan risau kesihatan dan keselamatan keluarga tambah pula dalam keadaan sekarang nie semakin hari kes semakin meningkat..

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda
Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Tambah memburukkan keadaan lagi bila sana sini kita dengar orang terdekat dengan kita ramai yang sakit dan ada yang telah pergi selamanya akibat virus Covid19 yang melanda seluruh dunia sekarang nie. Semua tu buat kita jadi risau dan cemas kan. Jadi untuk alihkan perhatian kita, kita kena cari sesuatu yang dapat menenangkan hati kita selain kita membaca Al Quran dan solat..

Cuma Kak Sue rasa lega sikit baru-baru nie bila tau ada Aplikasi Mindful Muslim untuk terapi jiwa dan minda yang berfungsi untuk meningkatkan kesihatan mental dan jiwa yang berteraskan Islam di seluruh dunia. Mesti korang tertanya apa benda Mindful Muslim nie kan. Kak Sue pun mula-mula tertanya-tanya juga apa Aplikasi Mindful Muslim nie, sampai lah Kak Sue cuba sendiri baru-baru nie.

Aplikasi Mindful Muslim nie kan korang, adalah sebuah aplikasi yang ada sirah Nabi, alunan zikir, bacaan doa-doa Rukyah, ayat-ayat Al Quran pilihan dan juga ceramah motivasi untuk mengurangkan tekanan pada diri kita. Menariknya lagi, korang boleh pilih bunyi alam semulajadi lagi tau dalam aplikasi nie. Antaranya bunyi air hujan, air terjun, deruan ombak dan suasana hutan sebagai background music supaya dapat merasai suasana tenang dan selesa..

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda
Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Seterusnya, utuk info korang juga aplikasi Mindful Muslim nie adalah idea dari Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani. Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim sekarang nie dan sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi di Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Beliau juga merupakan penerbit naskah Motivation Moments 500 by Mufti Menk tau.

Selain daripada itu, aplikasi Mindful Muslim nie telah memenangi hadiah Supreme Of Auckland University Of Technology Entrepreneusrship Conpetion X Challenge tau. Dan telah dilancarkan pada tahun 2020 dan sehingga sekarang nie, aplikasi nie telah dimuat naik lebih 50,000 pengguna di seluruh dunia terutamanya dari Indonesi, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Dan antara aplikasi top #5 yang popular untuk kesihatan dan kecergasan di Google Play Store. Haa.. hebat kan korang..

Memang tak hairan lah ramai orang muat naik aplikasi Mindful Muslim nie sebab dalam nya ada berbagai pilihan doa, surah, sirah dan motivasi yang mampu membuat kita berasa tenang dan selesa bila mendengarnya. Macam Kak Sue sendiri pun, Kak Sue buatkan playlist surah dan zikir yang boleh Kak Sue dengar berulang kali pada bila-bila masa..

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda
Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Akhir sekali, pendapat peribadi Kak Sue tentang aplikasi Mindful Muslim nie memang bagus sangat kalau ada dalam handphone kita. Macam yang Kak Sue kongsi kat atas tadi, bermacam pilihan doa, surah dan motivasi yang kita boleh dengar untuk tenangkan hati dan beri semangat pada diri kita dalam waktu yang sukar sekarang nie..

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda
Aplikasi Mindful Muslim Untuk Terapi Jiwa dan Minda

Korang boleh muat turun aplikasi nie dekat Google Play Store atau Apple Store nanti tau. Semoga perkongsian Kak Sue kali nie beri manfaat pada korang semua juga ya. Jaga diri selalu dan semoga kita sentiasa dalam rahmat lindungan Allah.. Aamiin Ya Rabb.. 💙


Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih kak su sudi kongsi pasal apps menarik ni

    ReplyDelete
  2. Suka saya dengan apps Mindful Muslim nih tau, alunan bacaan tu sampai ke jiwa... hilang resah gelisah dijiwa... auto jadi tenang

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak Sue perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Senangnya ada apps mcm ni kak sue. Busy2 pgang phone leh layan apps ni. Banyak manfaat

    ReplyDelete
  5. Mensrik apps ni ..bagus sebab Islamic kan...

    ReplyDelete
  6. senangnya apps ni, xpayah susah2 dok download dr mp3goo saja macam saya dok bt skrg ni kalau nak amik apa2 surah ataupun bacaan.

    ReplyDelete
  7. nampak bagus aplikasi ini, kak

    ReplyDelete
  8. Bagus ada apps terapi macam ni kak. Skrg ni ramai yang tertekan. At least bila dengar zikir2, alunan ayat Al-Quran, ceramah motivasi dpt lah kurangkan tekanan mereka tu.

    ReplyDelete
  9. syoknya mindful muslim mmg sesuai utk kita. byk menu boleh guna

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️