Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Koktail Buah pencuci mulut yang mudah dan ringkas pula dengan korang. Bahan pun senang sangat nak cari, sangat sesuai kalau nak makna kalau cuaca panas.. memang menyegarkan.. chewahh..! Hehehe..
Resepi Koktail Buah
Macam biasa lah, sekarang nie kebanyakan resepi yang Kak Sue kongsi dekat sini Kakak yang carikan di IG. Selalunya resepi lauk pauk aja kan. Kali nie Kak Sue kongsi resepi pencuci mulut pula lah dengan korang. Kebetulan Kak Sue ada banyak stok susu Nestle Just Milk kat rumah hari tu.. jadi Kakak cadangkan lah buat Koktail Buah nie. Jom kita tengok resepinya jom..
Koktail Buah
Bahan :
1 paket agar-agar Jelly
1 tin kokatail buah
1 cawan sagu
1 cawan susu pekat
1 kotak susu Nestle Just Milk
Cara :
Masak Jelly sehingga larut, kemudian masukkan ke dalam bekas dan bekukan
Kemudian masak sagu sehingga masak dan lembut, ketepikan sekejap.
Seterusnya masukkan koktail buah dan sagu ke dalam mangkuk
Kemudian masukkan pula air koktail buah tadi
Masukkan susu Nestle Just Milk, kemudian susu pekat
Kemudian masukkan jelly dan masukkan sedikit sirap atau pewarna
Akhir sekali masukkan ais
Sedia untuk dihidangkan
Korang boleh juga cuba Resepi Puding Trifle
2 Comments
tengah panas2 minum ni segarnya badan kak sue kan
ReplyDeletenikmatnya la.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️