Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam pula dengan korang. Jadi korang yang mana plan nak makan kat luar dengan keluarga, kawan-kawan ataupun untuk majlis makan malam dengan geng ofis korang nanti boleh lah cuba tempah atau dapatkan harga promosi sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie nanti okay..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Sebelum Kak Sue nak kongsi lebih lagi tentang promosi yang disediakan sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie, Kak Sue nak bagi tau pada korang yang Mardhiyyah Hotel & Suites nie sebelum nie dikenali dengan nama Hotel Grand Bluewave Shah Alam, tapi sejak PKP pada tahun lepas.. hotel nie dah bertukar nama dan pengurusan dah tau..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Masa Kak Sue singgah Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie hari tu, ubahsuai dalaman sedang giat dijalankan. Nampak lebih cantik, kemas dan moden. Memang nampak baru semuanya, menarik sangat tau. Untuk muslim katanya surau di tingkat 1 dah dipindahkan ke tingkat 4 sekarang nie. Jadi bab nak solat tu korang tak perlu risau dah kalau datang makan kat Mardhiyyah Hotel & Suites nie nanti ya..
Berbalik semula pada promosi sempena Tahun Baru Cina nie nanti, macam biasa lah bertempat di Restoran Cina Tung Yuen di tingkat 1. Menu dan set yang menarik dan sedap nie masih lagi disediakan oleh chef khas yang diketuai oleh Chef Patrick Ng. Macam biasa memang sedap semua menu yang disediakan dan sangat lah berpuashati..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Macam yang kita semua tahu biasanya makan besar Tahun Baru Cina kira tak lengkap kalau tanpa dihidangkan Yee Sang kan. Ia adalah menu tradisi yang menjadi simbol nasib baik, kesihatan dan kekayaan pada orang cina. Yang paling penting Mardhiyyah Hotel & Suite Shah Alam nie adalah hotel muslim friendly dan semua makanan sini mendapat sijil Halal tau. Jadi korang yang suka dengan masakan atau makanan Cina tak perlu takut atau was-was nak datang makan kat sini tau..
Sempena Tahun Baru Cina 2022 nie, bukan satu jenis Yee Sang aja disediakan kat sini, tapi ada 5 jenis Set Yee Sang yang disediakan untuk pelanggan mereka. Jom kita tengok pilihan yang dah disediakan sempena Tahun Baru Cina nanti jom..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
*. Lucky Salmon Yee Sang
*. Colourfull Jelly Fish Yee Sang
*. Prosperity Abalone Yee Sang
* Joyful Salmon Fish and Jelly Fish Yee Sang
* Special Vegetarians Yee Sang
Auspicious Yee Sang Menu Lucky Salmon Yee Sang, di datangkan dengan Colorful Jelly Fish Yee Sang Prosperity Abalone Yee Sang dan Special Vegetarians Yee Sang. Harga bermula dari RM48.00+ hingga RM138.00+ dengan minimum order untuk 2 orang.
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Pre Chinese New Year Appreciation "Loh Sang" Menu seduai untuk keluarga besar, bersama rakan sepejabat atau syarikat yang meraikan. Harga bermula dari RM688.00+ (7 course), RM988.00+ (8 course), RM1288.00+ (8 course), RM1388.00+ dan RM1,888.00+ (8 course) khas untuk 5 hingga 8 orang.
Haa.. banyak pilihan kan. Korang boleh aja pilih yang mana korang suka dan dah boleh mula dah buat tempahan tau. Chinese Set nie akan bermula pada 15hb nie..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Tarikh Tempahan :
Pre Chinese New Year Appreciation
15/1/2022 hingga 30/1/2022
Chinese New Year Eve Diner
31/1/2022
Chinese New Year Prosperity
1/2/2022 hingga 28/2/2022
Promosi Chinese New Year nie dari 15 Januari hingga 28 Februari 2022. Bermula pada waktu 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari atau 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Korang yang mana berminat nak datang sini atau untuk tempahan boleh terus hubungi nombor yang Kak Sue kongsi kat bawah nie ya..
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Promosi Sempena Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam |
Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Tel - 03 55118811
Whatsapp - 019 - 2616847
7 Comments
meriah lauk-lauk dia..
ReplyDeleteramainya makanan
ReplyDeletenampak sesedap belaka
Wah! Mewah2 menu dia!
ReplyDeleteTeringin la pulak!
harga dia pon xleh bwk bincang nih.. 😅😅
ReplyDeletewow sedap2 makanan chinese food tu kak sue. mood pun ada sebab deco cantik sgt
ReplyDeleteSedap-sedap nampaknya seauilah dengan harga
ReplyDeletealahai tertengok balik gambar makanan.. lapo la plak
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️