Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Daging Bakar Ala Thai pula dengan korang. Dan kalau korang perasan sebelum nie Kak Sue guna bahan utamanya ayam, tapi kali nie Kak Sue tukar dan guna bahan utama lain pula untuk resepi Daging Bakar Ala Thai nie..
Daging Bakar Ala Thai |
Resepi Daging Bakar Ala Thai
Sebenarnya resepi asal Daging Bakar Ala Thai nie, Kakak anak dara Kak Sue yang cuba. Sebelum nie Kakak masak resepi Ayam Meraung Bakar Thai. Cuma kali nie tukar bahan utama sahaja, cara dan bahannya masih sama. Jom kita tengok resepinya jom..
Daging Bakar Ala Thai
Bahan :
1 kg daging batang pinang
5 ulas bawang putih - dikisar
2 tangkai akar ketumbar - dikisar
1 sudu gula perang - dikisar
2 sudu sos ikan - dikisar
2 sudu kicap pekat - dikisar
Sedikit lada sulah atau lada hitam
Sedikit minyak untuk dikisar
Kemudian perap daging dengan bahan yang dikisar selama 3 jam
Cara Masak Daging :
Rebus daging sehingga empuk, hiris nipis
Panaskan non stick pan, letak minyak sikit
Bakar daging tadi dengan api kecil sehingga masak
Cara Masak Sos :
15 biji cili padi - dihiris halus
1 biji bawang merah - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris halus
4 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
1 tangkai akar ketumbar - dihiris halus
2 sudu sos ikan
1 sudu asam jawa
Sedikit perahan limau
Sedikit gula kabung
Sedikit serbuk cili kasar
Sedikit beras goreng
Gaul semua bahan tadi sehingga bergaul mesra, perasakan dengan garam.
Sedia untuk dihidangkan daging bersama sos tadi.
Korang boleh juga cuba Resepi Ayam Meraung Bakar Thai
8 Comments
sedap nmpak..boleh cuba ni..thanks
ReplyDeleteUncle ni apa-apa thai mesti suka!
ReplyDeletesedap tu
ReplyDeletesgt sedap ni.
ReplyDeleteaida kurang mahir masak daging.
but getting better la.
dok prektis goreng daging time camping.
alhamdulillah, menjadik!
kat rumah tak mau dia jadik cantik :) ha ha ha ha...
aida amik resepi ek.
terutama resepi sos tu. nanti nak try :)
wslm. cam sedap je tgk tu. teringin nak buat lah.
ReplyDeleteDapnyaaa
ReplyDeleteSedapnya Kak Sue. Ni mau Naniey buat ratah je macam ni..
ReplyDeletemakan dengan nasi panas dengan daging ni je dah sedap kak sue kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️