Kisah Benar - Usahawan 2020 Kini Dalam Kritikal

Assalamualaikum, hai semua. Masalah harga barang semakin meningkat menyebabkan ramai peniaga gulung tikar. Bukan sahaja pembeli sukar membeli tetapi peniaga juga mengalami masalah untuk mengambil barang perniagaan dari pembekal. Business to business pun hargan aik mendadak.


Siapa sangka! Macam tak percaya sahaja. Bukan sahaja isu harga yang berleluasa dalam pasaran tetapi isu pembeli tidak mahu membeli lagi. Adakah kerana usahawan tak cukup usaha keras buat orang pilih mereka? Ataupun berniaga trend 2022 sudah tidak sama macam tahun sebelumnya? Perkongsian dari Dr Azizan Osman ini pasti membuka mata korang. Ini adalah kisah benar dimana kini usahawan 2022 dalam kritikal!

Kenali Datuk Wira Dan Syarikat Ushawan No 1 Di Malaysia Ini


Sebelum ini, anda pasti kenal siapa Dr Azizan Osman ini. Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang pengasas Syarikat ushawan yang paling berjaya no 1 di Malaysia, tak lain tak bukan Richworks International Sdn Bhd.

Richworks telah berjaya melahirkan usahawan jutawan yang sangat ramai, cemerlang dan hebatnya telah menjadikan peluang pekerjaan bertambah di Malaysia. Usahawan yang dilahirkan juga bukan hanya mencapai jualan 1 juta, tetapi lebih dari itu. Tak dapat bayangkan apakah ilmu perniagaan dan bimbingan bagaimana yang RichWorks bantu usahawan ini.


Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman

Sentimen Pasaran Dan Masalah Kritikal Harga "Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”

Pendapat peribadi:

Apa yang dikongsikan Datuk Wira Dr Azizan ini memang benar, peniaga sendiri pasti merasai akan masalah kenaikan harga barang. Pembeli lagi merasa situasi ini sehingga ramai yang mencari solusi untuk lebih jimat, tetapi harga kebanyakan tempat makin naik juga.


Perbualan Bersama Pemilik Syarikat Dan Peniaga Cina

“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan
pupus.”

Pendapat Peribadi:

Sangat takut apabila dengar kisah perbualan ini. Sejujurnya betul, sekarang ni memang banyak sangat perniagaan yang tak maju-maju. Macam-macam masalah, jika ditanya, alasan semua adalah kerana pasaran bergerak perlahan, tak agresif. Tapi kalau dengan alasan tu, habislah semua peniaga tak tahu nak kerja apa kalau tak berniaga. Perjuangan Titan RichWorks Menginspirasikan Seluruh Usahawan Malaysia

Perjuangan Titan RichWorks Menginspirasikan Seluruh Usahawan Malaysia


Untuk pengetahuan anda semua, Titan Richworks adalah sebuah program usahawan bimbingan Richworks berkonsep mentoring secara dekat.

Datuk Wira Dr Azizan Osman komited bantu ramai usahawan dengan memberi tunjuk ajar, bimbingan dan paling penting seluruh Richworks akan support usahawan sehingga berjaya. Tidak hairanlah Titan Richworks adalah usahawan dari biasa-biasa sehingga lahirnya usahawan jutawan.

Jom baca perkongsian Datuk Wira yang sangat membantu usahawan daripada hadapi masalah perniagaan kritikal 2022 ini. “Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

*Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.* Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

Pendapat Peribadi:

Bukan senang usahawan nak bangkit jika ada cabaran. Perlu semangat, ilmu dan bimbingan. Yang pasti jiwa kena penuh inspirasi. Alhamdulillah dengan ilmu dan perkongsian dari Datuk Wira ini, yakin sangat kita perlukan lebih lagi anjakan semangat. Kena ikut Datuk dan RichWorks rapat-rapat ni!

Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk wira juga sekaligus mengajak kita semua untuk bersama-sama sertai perbincangan penyelesaian masalah cabaran bisnes kritikal 2022 ini. Selain itu, beliau akan berkongsi penyelesaian untuk usahawan yang terkesan pada tahun 2022 ini. Saluran Telegram Azizan Osman Official terbuka untuk semua. Program Live Session bersama Datuk Wira ini akan diadakan setiap ahad sepanjang Februari pada jam 8 Pagi.


Jika ada kawan-kawan, saudara-mara atau kenalan yang merupakan usahawan atau peniaga, kita juga boleh ajak mereka sertai sesi Voice Chat ini. Banyak tips dan perkongsian untuk usahawan yang bakal dikongsikan oleh Datuk Wira sendiri.

Jom sertai Telegram Azizan Osman Official


Post a Comment

7 Comments

  1. Semoga dipermudahkan para peniaga yang struggle nak naik semula.. banyak perniagaan tutup sebab pandemik..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bukan calang-calang. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang

    ReplyDelete
  3. Tahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak billboard richworks kat highway.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Richworks...keep it up...semoga dipermudahkan buat semua

    ReplyDelete
  6. peniaga mcm akak ni memang sangat terasa. doa moga allah mudahkan semuanya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️