Sanah Helwah Abang Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun tarikh yang sama, pasti datang lagi. Sanah Helwah Abang Sayang.. setiap tahun Kak Sue mesti nak buat satu entri khas bila tiba hari lahir orang yang Kak Sue sayang. Kali nie tarikh lahir si Abang, anak nombor dua Kak Sue pula. Boleh lah buat kenangan nanti, cari aja tajuk entri Sanah Helwah Abang Sayang, boleh lah Abang baca cerita setiap tahun sambutan hari lahir Abang..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang


Sambutan Hari Lahir Abang yang ke 20

Kadang kan, bila tengok anak-anak membesar nie macam tak percaya pun ada. Rasa macam masih baru lagi tengok Abang bertatih, tau-tau dan sampai ke sambutan hari lahir Abang yang ke 20 dah. Kalau umur panjang dan ada rezeki tak lama lagi entah-entah Kak Sue dah nak terima menantu pulak kan.. ewah..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Tapi kan.. rasanya masih jauh lagi kut perjalanan Abang untuk ada rumahtangga sendiri. Kalau boleh biarlah Abang persiapkan diri dan stabil dari segi kewangan dulu. Nak dirikan rumahtangga nie bukan lah boleh dianggap mudah atau dipandang ringan. Sebab apa yang kita bakal hadap dalam perkahwinan nanti semuanya bakal ditanya kat sana nanti.. besar tanggungjawab tau..

Apapun.. tahun nie pun macam tahun sebelum-sebelumnya, tetap buat kejutan malam sebelum tarikh hari lahir Abang. Hadiah pun dah siap beli dah, dan plan nak makan-makan kat luar. Abang pun dah berkerja luar sekarang. Katanya nak cari pengalaman, tapi biasa lah bila dah bekerja luar nie, kita kena lah ikut rentak majikan kita pula kan. Tak sama lagi dah bila bekerja dengan Abah sendiri sebelum nie..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Lagipun bila dah besar nie anak-anak dah tak kisah sangat kut sambutan hari lahir nie. Cukup lah tanda ingatan yang dah biasa kami sekeluarga buat. Cuma Kak Sue tetap nak lah juga keluar makan satu keluarga memandang sekarang nie masing-masing dah besar dan sibuk dengan aktiviti harian. Kalau dapat berkumpul dan makan sama-sama kat luar sesekali tu, memang rasa seronok sangat. Kali nie makan-makan di Steamboat & BBQ D'Manggis birthday boy belanja. Terima kasih Abang, semoga dimurahkan rezeki lagi ya nak..

Harap dengan bertambahnya umur Abang, Abang akan menjadi lebih matang dalam setiap tindakan dan apa Abang akan buat selepas nie. Dalam umur yang masih muda rasanya banyak ujian besar dah Abang lalui. Bukan senang dan bukan calang-calang pun nak lalui ujian yang datang tu, banyak luka dan airmata. Tapi biarlah ia menjadi rahsia yang memberi hikmah yang besar kepada keluarga kami. Tapi tu lah setiap ujian nie tanda Allah sayang kan dan ada hikmah yang istimewa yang tersembunyi..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Apapun.. sekali lagi, Ibu nak ucapkan Sanah Helwah untuk anak Ibu.. semoga sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, dan semoga Allah susun hidup Abang yang paling terbaik untuk Abang.. dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb.. We love you Abang.. sampai syurga Allah.. ❤️

Korang juga boleh baca Sanah Helwah Abang 2021


Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat hari jadi untuk anak kak sue, besar dah 20 tahun, woww! Ibu dia masih remaja2 je tgk, seronoknya besarkan anak-anak ni kan kak sue.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi untuk anak kak Sue. panjang lebar ucapan, mesti dia terharu kalau baca. semoga sentiasa sihat dalam jagaan Allah dan doa Ibu tersayang

    ReplyDelete
  3. sanah helwah abang sekejapan anak dah 20 kan kak. semoga dipermudahkan segala urusan abang dan murah rezeki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️