Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan korang pula. Biasa lah selagi tak masuk bulan Ramadhan, sana sini masih berkongsi pilihan tempat untuk berbuka puasa nanti kan. Jadi mana yang masih mencari atau plan nak berbuka boleh lah cuba Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur nanti juga tau. Jom kita tengok apa yang menarik jom..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Biasanya bila tiba bulan Ramadhan, kita semua sehabis boleh nak meluangkan masa berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan. Apatah lagi lepas dua tahun kita semua menyambut Ramadhan dalam keadaan pandemik Covid19 kan.Jadi kali nie untuk Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis menu dengan menyediakan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung adalah antara beberapa hidangan Melayu Tradisional "mesti cuba" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Haa.. menarik kan, bagi korang yang suka masakan kampung memang tak rugi datang berbuka kat sini sebab ada banyak pilihan..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box Power', Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan Satay. Untuk korang yang jaga berat badan dan amalkan diet jangan risau, kat sini ada juga ulam-ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Untuk pencuci mulut pula, ada pelbagai pilihan pencuci mulut antaranya Bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur, Kuih muih Melayu, buah buahan dan juga pelbagai pilihan air minuman panas dan sejuk. Kak Sue dah rasa Pulut dan Serawa Durian hari tu, memang sedap dan kena dengan selera Kak Sue..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Selain itu juga, korang juga akan diiringi persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" dengan alunan ghazal dan tradisional pada setiap hari Jumaat dan Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga ada disediakan kat sini untuk solat nanti, jadi korang tak perlu risau bila berbuka kat sini nanti tau. Selain tu juga ada kaunter pembayaran bagi memudahkan korang untuk bayar zakat sepanjang bulan Ramadhan..
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awan dan swasta untuk mrnganjurkan Majlis Berbuka Puasa tau, tak kisah lah untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat dan ada pelbagai pakeh yang ditawarkan kat sini.
Bufet Ramadhan Dengan Tema Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Haa.. menarik kan, dengan pelbagai pilihan menu dan kemudahan yang disediakan kat sini korang boleh lah mula buat tempahan awal untuk mendapatkan harga istimewa yang bermula dari 4 April hingga 1 Mei 2022, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Yang bestnya lagi setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Macam biasa Kak Sue kongsikan detail harga kat bawah nie ya..
Harga Bufet Ramadhan :
Harga Pembelian Awal
Dewasa - RM120.00
Kanak- kanak - RM60.00 (berumur 6-12 tahun)
Warga Emas - RM60.00 (berumur 60 tahun ke atas)
Harga Biasa
Setiap seorang - RM150.00
Untuk lebih maklumat lanjut korang boleh singgah kat bawah nie..
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
6 Comments
Wah bole try nanti ni
ReplyDeletesedap2 nampak semuanya
ReplyDeleteMeriah makanan dan nampak sedap semuanya
ReplyDeletebanyak pilihan juga kat sini ye kak
ReplyDeleteSemua nampak sedap dan semestinya sedap .
ReplyDeletebyk juga masakan kampung sedap2. kambing tu mmg tak menahan nengoknya kak
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️