Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tentang Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkain Clorox pula dengan korang. Ya lah, dalam keadaan virus Covid yang melanda sekarang nie, kita harus nak kena lebih menjaga kebersihan dan penjagaan permukaan rumah kita kan. Jadi bagi membantu kita kerja membersih kat rumah memang bagus kalau ada set penjagaan rangkaian Clorix Expert nie..

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox


Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga meningkat.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat.

Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?

Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul.

Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit[1]. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.

"Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara.

Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”

Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron:

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej

Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari.

Buatkan Satu Pek Pencegahan

Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian  

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.

Disinfeksi Kenderaan Anda

Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara.

Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh

Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox
Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron.

Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya korang boleh singgah kat bawah nie tau..

Clorox Malaysia

Website |  Facebook | Instagram


Post a Comment

7 Comments

  1. Klorox satu jenama yang tidak asing lagi

    ReplyDelete
  2. senang guna macam ni kak.. selamat jugak.. saya pun sediakan wipes tu untuk anak2

    ReplyDelete
  3. wow menarik ni. nanti nak cari la

    ReplyDelete
  4. oh mcm2 jenis brg dh keluaran clorox..br tau..biasa guna clorok yg utk peluntur je

    ReplyDelete
  5. jenama di yakini kak, tp kalau dulu clorox ni cecair basuh baju untuk putihan kotoran. Skrg mcm2 ada ye kak

    ReplyDelete
  6. Thanls for sharing. Baru tau Klorox ada produk-produk ni. Senang la nak sanitise

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try lagi jenama ni punya, yang tengah guna sekarang jenama Dettol.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️