Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tentang Perlindungan Estra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew pula dengan korang. Haaa.. mesti ada yang tau dan kenal dah dengan jenama yang satu nie. Kali nie perlindungan ekstra untuk Himayan Jelita dalam Pink Dew nie menampilkan corak dan warna baru tau. Jom kita tengok kat bawah nie jom..
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew
Sekarang nie pelitup muka atau face mask dah menjadi satu perkara yang harus ada dalam senarai penjagaan diri kita sekeluarga dah kan. Terbaru kali nie perlindungan ekstra untuk Himayan Jelita dalam Pink Dew dengan keluaran corak dan warna baru pula. Cantik pula Kak Sue tengok warna terbaru nie, warna pun lembut ja kan..
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Himaya Malaysia memperkenalkan warna terbaru untuk rangkaian pelitup muka Himaya H99 Premium Face Respirator iaitu Pink Dew. Selain Chic Vintage, warna baru ini juga menampilkan Nabila Razali sebagai duta utama tau. Rekabentuk inovatif H99 direka khas dengan ciri eksklusif, berjalur logam dengan span anti peluh, dan direka khas untuk memberikan keselesaan berganda pada bahagian hidung si pemakai.
Menarik kan.. tak ada lah kita rasa lemas atau susah nak bernafas bila kita pakai pelitup muka dari Himaya H99 nie kan bila ada urusan kat luar nanti. Kadang bila dah keluar rumah, tak kira lah urusan kerja, membeli belah atau keluar jalan-jalan atau makan-makan keluarga harus lah kita nak suasana yang selesa dan selamat kan..
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Seterusnya.. rona manis merah jambu amat sesuai dan selesa digayakam dengan apa juga pakaian buat Himayan Jelita. Rekabentuk headloop Homaya H99 Premium Face Respirator memudahkan pada kita yang memakai hijab dan juga untuk korang yang menggunakan alatan lain dibahagian telinga seperti alat bantuan pendengaran dan fon telinga. Sesuai untuk kegunaan harian, pelitup muka baru nie juga selesa untuk korang yang memakai cermin mata kerana tak mudah menyebabkan berkabus, selain mengurangkan berpeluh pada bahagian muka.
Untuk info korang juga Himaya H99 Premium Face Respirator juga bakal melancarkan warna dan corak baru yang dijangka bermula dari Mac 2022, diwakili duta utama yang berbeza. Haa.. korang jangan lupa tau dapatkan pelitup muka terbaru nie di semua kedai atau farmasi berdekatan di seluruh Malaysia..
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Tentang Himaya Malaysia
Sejak mula beroperasi pada tahun 2020, Himaya sudah melebarkan sayapnya hampir ke seluruh Malaysia dengan jualan secara atas talian, sistem ejen dan pembelian terus di farmasi-farmasi. Produk pertama Himaya bermula dengan pelitup muka 3 lapisan (3ply) dan pelitup muka 4 lapisan (4ply) yang hadir dalam pelbagai warna dan corak yang menarik, sesuai digayakan oleh wanita bertudung.
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Macam biasa untuk lebih detail atau korang yang mana nak juga pelitup muka Himaya terbaru nie boleh singgah kat bawah nie hokay. Kekal selamat!
Perlindungan Ekstra Untuk Himayan Jelita Dalam Pink Dew |
Himaya Malaysia
3 Comments
nampak cantik cutting facemask ni kak sue. warna pun soft dan cantik sangat. saya suka
ReplyDeletetak pernah cuba brand ni. nampak cantiklah. harap bila pakai tak menyebabkan jerawat jugak. thanks for sharing
ReplyDeletekalau ada pink..amy suka hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️