Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022 pula dengan orang. Rasanya dah terlepas dua tahun Kak Sue tak kongsi pun Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java nie macam tahun-tahun sebelum nie. Rasanya sejak PKP hari tu kut. Tapi tak apa lah, tahun nie kita dah bangkit semula dan masih setia menjadi pembekal untuk peniaga-peniaga semua.. Jom lah kita tengok senarai kat bawah nie jom..
Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022
Sebenarnya setiap tahun memang rutin Kak Sue bila tiba aja bulan puasa akan siapkan Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java nie untuk rujukan Kak Sue dan Abang Man. Sama lah juga untuk tahun 2022 nie. Lagi pun senang kalau ada yang hubungi kami untuk berniaga dah boleh rujuk pasar ramadhan atau tempat mana lagi yang masih kosong, tak ada lah dalam satu pasar ramadhan dan tempat atau kawasan tu ramai pula peniaga pasar ramadhan Kelapa Laut Man Java kan..
Tahun nie juga buat pertama kalinya kami bercuti berniaga di Pasar Ramadhan sepanjang 20 tahun kami mula berniaga air balang. Tapi.. kami masih tetap menjadi pembekal Kelapa Laut Man Java kepada peniaga-peniaga pasar ramadhan macam tahun-tahun sebelumnya. Lagi pun memang ini antara cara kami mencari rezeki pun. Tak ada lah cuti terus dari meniaga pun. Cuma bila tahun nie kami tak cukup kakitangan dan Abang anak nombor dua kami pula dah bekerja luar, memang susah lah sikit jadinya. Maklumlah orang kuat Abah dah tak boleh nak bantu sepenuhnya..
Apapun, untuk bahagian pengeluaran Abang tetap bantu bila hari cuti Abang. Tahun nie bahagian pengeluaran Kakak anak sulung kami pula ambil alih. Dan kami pun memang dah mula nak latih anak-anak dah cara nak urus order dan peniaga dah. Alhamdullilah setakat nie semua berjalan lancar dan order pun agak menggalakkan. Tak nak bebel panjang lagi jom kita tengok senarai peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022 jom..
Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022
Kedah
1. Mie - Kulim
Penang
1. Azie - Bukit Mertajam
2. Ayu Firdaus - Seberang Jaya.
Perak
1. Eiman - Teluk Intan
Pasar Ramadhan Teluk Intan
2. Duan Harun - Bercham, Ipoh
3. Nadia - Kuala Kangsar
4. Eddy - Beruas
5. Amie - Kamunting
6. Ahmadi - Seri Manjung
7. Azman - Pantai Remis
KL / Selangor
1. Man Java - BTP, Rawang
2. Nuar - Bazaar Jalan Reko & Kajang Utama
3. Alif - Taman Bolton, Selangor
4. Sidi - Sepang, Selangor
5. Eddie - Ampang, KL
6. Ainul - Puchong, Selangor
7. Fizi - Kajang, Selangor
8. Nizam - Teluk Panglima Garang, Selangor
9. Din - Sungai Buluh, Selangor
10. Harun - Kapar, Selangor
11. Nazre - Batu16, Rawang
12. Ayu - Kampung Nahoda, Batu Cave
13. Ayang - Taman Rakyat Andalas, Klang
14. Ina - Pandamaran
15. Zarul - Kepong
16. Wan - Denai Alam
17. Zali - Jalan TAR
18. Hafiz - Seri Kembangan
19. Jef - Bandar Baru Selayang
Melaka
1. Saiful - Masjid Tanah
2. Man P.Lias - Pantai Puteri
Negeri Sembilan
1. Halimi - Gemas
2. Noni - Senawang
3. Hidayah - Seremban
Johor
1.Hairulblack - Skudai, Johor
2. Faris - Larkin
3. Shah - Kluang ( Taman Muhibbah - niaga depan rumah)
4. Hafiz - Kluang (Niaga Tepi Jalan / Kahang Timur)
5. Burn - Segamat
6. Jais - Muar
7. Kak Ina (Bawah Shah) - Pasir Gudang
Pahang
1. Nonie - Kuantan.
2. Hafiz - Jengka.
3. Anuar - Keratong.
4. Zarina - Temerluh.
5. Khairul - Jerantut.
6. Edy - Raub.
7. Kakak Roy - Felda.
8. Aziz - Kuantan.
9. Rizal - Muaazam.
Terengganu
1.Hashiri - Besut.
2. Zalina - Dungun.
3. Man- Kuala Terengganu Kuala Nerus/ Kuala berang
4. Fadhir - Dungun.
Kelantan
1. Ruzman - Machang.
2. Ayie - Tanah Merah.
Setakat nie dulu Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java untuk tahun 2022 nie. Kami dari team Man Java Enterprise mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berniaga untuk korang semua dan semua geng Kelapa Laut Man Java. Harap korang dapat support dan jemput datang lah ya gerai-gerai air balang Kelapa Laut Man Java yang ada kat kawasan korang nanti okay. Rezeki sama dikongsi.. papai!
Korang boleh juga baca Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2019
8 Comments
Wahhh hebat bisnes kak sue ni. Inspiring betul
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga terus berkembang luas perniagaan Kak sekeluarga.
ReplyDeleteLetak no teelfon la Kak Sue, kot nanti orang boleh contact senarai penjual nak tanya buka gerai tak
ReplyDeleteSha tak pernah rasa air kelapa laut ni Kak Su... kena try laa macam nii
ReplyDeletemerata negeri rupanya yang menjual air man java. terbaik la semoga terus maju jaya. dah rasa air kelapa laut memang sedap sgt. durian belanda pun sedap
ReplyDeleteSemoga terus sukses!
ReplyDeleteramai juga peniada kelapa laun man java ye...smoga trus success...suka kedodnodng asam boi tu
ReplyDeletesenarai tahun 2023 udah ada ke
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️