Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Assalamualaikum, hai semua. Masih belum terlambat Kak Sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang semua, maaf zahir batin andai ada tersalah kata, perbuatan dan penulisan Kak Sue sekeluarga yang menguris hati ya. Tahun nie tahun keempat Kak Sue beraya tanpa Mak yang tersayang, memang lain rasanya bila beraya tanpa Mak nie tau, rasa tak lengkap macam sebelumnya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Tahun nie macam kita semua tahu dan alami sambutan Hari Raya Aidilfitri kita agak kelam kabut selepas pengumuman raya pada malam Isnin lepas. Mau taknya, kebanyakan dari kita belum buat apa-apa persiapan pun untuk sambutan Raya. Ya lah, nak masak rendang, ketupat, kemas rumah dan macam-macam lagi persiapan Raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Macam Kak Sue sendiri pun belum siap mengemas rumah pun lagi bila pengumuman dibuat pada malam Isnin tu. Terus rasa stress sekejap bila memikir rumah belum siap kemas sepenuhnya, dan kami nak kena balik juga kampung malam tu sebab Abang anak nombor dua Kak Sue dapat cuti Raya dua hari saja, hari Raya pertama dan Raya kedua. Raya ketiga dah mula berkerja semula dah..

Fikir punya fikir, nak tak nak kena juga balik malam Isnin tu walaupun rumah belum siap kemas sepenuhnya. Bila dah bertenang sikit, baru Kak Sue sekeluarga buat keputusan kemas mana yang sempat dan sambung kemas selepas balik dari kampung nanti. Bila dah dapat cuti nie rasa rugi pula tak balik kampung kan. Haih.. kenangan betul tahun nie sebab belum pernah Kak Sue sekeluarga balik kampung dalam keadaan rumah yang belum siap kemas macam nie..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Apapun.. setiap yang Allah aturkan dalam hidup kita, pasti ada hikmahNya. Kita tetap kena bersyukur walau dalam keadaan kelam kabut kita masih diberi peluang dapat beraya bersama keluarga tersayang. Alhamdullilah, tahun nie Abah Kak Sue pun sporting sangat nak ambil gambar Raya sama-sama. Kebetulan tahun nie giliran beraya kat kampung Kak Sue pula. Memang seronok sangat tahun nie dapat beraya dan meluangkan masa berziarah adik-adik dan saudara mara di kampung macam dulu balik..

Ya lah, sebelum nie dua tahun kita dikenakan sekatan pergerakan kan. Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun nie membuka lembaran baru untuk kita semua. Semoga semua benda atau perkara yang datang selepas ini semuanya paling terbaik untuk kita dunia dan akhirat. Dan semoga Allah terima semua amal ibadat kita di bulan Ramadhan dan semoga kita terus istiqomah perbaiki diri kita supaya lebih baik dari sebelumya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Akhir sekali.. sekali lagi Kak Sue nak ambil kesempatan kat sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk keluarga dan korang semua, maaf zahir dan batin. Semoga kita ditemukan lagi Hari Raya Aidilfitri di tahun depan pula.. Aamiin Ya Rabb.. Selamat Hari Raya korang.. papai!



Post a Comment

16 Comments

  1. selamat hariraya kak sue maaf zahir dan batin, wah cantik la gambar raya

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya tuk kaksue sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya. Team blue la. Sama hehe

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Sue.. Maaf Zahir & Batin.. Cantik sedondon baju raya Kak Sue sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya bt kak sue sekeluarga.. meriah raya tu

    ReplyDelete
  6. cantik tema warna baju kak sue.. blue black

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya kak. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Ray Aidilfitri kak sue. Seronok kan dapat beraya famili di kampung halaman :)

    ReplyDelete
  9. salam aidilfitri utk kaksue sefamily

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya juga buat Kak Sue sekeluarga. Maaf zahir batin ye

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya kak sue. Baju raya Syu tahun ni takde warna tema. Kih3. Mix & match belaka.

    ReplyDelete
  12. Sedondon semua! Maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  13. tahun ini kita semua raya terkejut...marilah kita raihkan penuh bersyukur

    ReplyDelete
  14. Cantik gambar raya akak. Mcm dlm studio pulak haa.

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Salam lebaran kak sue sekeluarga. heheeee

    ReplyDelete
  16. suka tgk tema mcm.. selamat hari raya. baju kebaya mmg cantik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️