Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua. Haa.. pada korang yang suka memasak dan yang berminat nak berniaga harus kena tengok Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Musim Kedua nie sebab ia menampilkan 12 peserta wanita yang terplih dan mentor selebriti yang hebat-hebat belaka. Jom kita tengok apa yang menarik jom..

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Untuk Rancangan Resepi Berani Maggi® Musim Kedua nie, daripada sejumlah 2,000 orang peserta hanya seramai 12 wanita sahaja yang terpilih meneruskan rancangan siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai Juara untuk kali ini.

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Rncangan Resepi Berani Maggi® Musim Kedua ini juga menjanjikan lebih banyak kejutan menarik dan akan berkongsi kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang telah ditetapkan. Termasuk lah beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak.

Antara cabaran utama yang dilalui peserta kali ini termasuk lah penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik. Haa.. menarik sangat tu kan korang. Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Seterusnya, rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor Maggi® CukupRas iaitu Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Aktress dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly, dan juga Ikon Ushawan dan Pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris yang akan membimbing 12 peserta sepanjang realiti ini melalui Sesi Maklum Balas Mentor. Dan untuk Musim Kedua ini Maggi juga akan menampilkan juri jemputan antaranya Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Menurut kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksklusif Perniagaan Maggi®, Nestle Malaysia Berhad tentang Resepi Berani Maggi® Musim Kedua nie, " Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor Maggi yang berpengalaman dengan barisan juri jemputan yang baru"

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Geetha Balakrishna

Kata Geetha lagi, "Matlamat rancangan realiti Maggi adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baru bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain"

Turut berkongsi dan mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, "Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk Maggi® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif".

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Senarai 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir ramcanagn ini terdiri daripada pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah. 

1. Anatasia Maigi - Sabah.
2. Kalarani A/P Subramaniam - Putrajaya
3. Mellony Anak Stephen - Sarawak
4. Nazrina binti Zamani - Selangor
5. Noraslibda Rusli - Selangor
6. Norli Mohd Azmi - Selangor
7. Kemtila A/P Veerayah - Selangor
8. Nur Dyahidah Aimullah Abdul Rahim - Kedah
9. Nurul 'Syaza Shahirah A. Samsudfin - Melaka
10. Nurul Hajar Ismail - Johor
11. Rozana Sari Roslan - Pahang
12. Suzaimi binti Zahari - Terengganu

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Juara Resepi Berani Maggi® untuk musim kedua ini akan menerima modal benih sebanyak RM8,000 dan akan menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersana ikon usahawan, Anne Idris  yang memfokuskan pada peningkatan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Dan untuk pemenang tempat kudia dan ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Bagus sangat kan bila ada rancangan dan program Resepi Berani Maggi® macam nie sebab dapat membantu peserta, dan juga mereka dapat belajar mengembangkan lagi perniagaa mereka dengan cara yang betul dan lebih sistematik.

Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua

Kak Sue pun teruja sangat nak tonton semua episod lepas nie sebab best sangat tau rancangan Resepi Berani Maggi® dengan hos rancangan yang cantik dan petah Nana Mahazan. Rancangan ini dah mula disiarkan dah semalam, iaitu pada setiap Jumaat pada pukul 5 petang setiap minggu. Pada korang yang terlepas tonton pada hari Jumaat, jangan ghisau.. korang boleh ulang tonton pada hari Sabtu pukul 11.30 pagi di TV3. 

Selain tu korang boleh juga tonton di Youtube Maggi Malaysia pada hari Jumaat yang sama pada pukul 5 petang. Selamat menonton korang.. 


Post a Comment

6 Comments

  1. mencuba resepi baru kena berani.. sedapnya meggie kari kitaorg selalu buat murtabak megi

    ReplyDelete
  2. meggi mee senang dimasak sedapp dimakan.. nyum2

    ReplyDelete
  3. Good luck pada semua peserta.

    ReplyDelete
  4. Anonymous29 July, 2022

    assalammualaikum.saya puan nora daripada melaka..saya mempunyai pengalaman dalam masakan selama 25 tahun..nak bagi pendapat penyingkiran ana daripada sabah saya tak bersetuju sebab dia diberi masakan yang tak pandai..walau apa pun alasannya ..logiknya kalau kita berniaga kita akan masakan yang paling hebat dan mahir..pada saya satu kerugian singkirkan macam gitu..harap pihak penerbit menghalusi keputusan tersebut dan membuat pertimbangan wajar dalam hal ni..wallaahualambisowab..pendapat insan yang kerdil daripada selatan

    ReplyDelete
  5. Anonymous29 July, 2022

    assalammualaikum saya puan nora daripada melaka tak bersetuju dengan penyinkiran puan ana daripada sabah..logiknya kalau kita nak berniaga mesti benda tu kita mahir dan sedap..harap dapat pertimbangan keputusan ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️