Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi satu berita menarik untuk korang semua iaitu Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan. Haa.. bagi korang yang masih mencari atau merancang untuk menambah duit poket korang, tak kira lah yang dah bekerja tetap atau surirumah boleh lah cuba dengan Tasneem Marketplace yang bakal menjadi peluang untuk menjana pendapatan korang nanti. Jom Kak Sue kongsikan lagi kat bawah nie jom..
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan
Sebelum Kak Sue nak kongsikan lebih lagi tentang Tasneem Marketplace yang bakal menjadi peluang untuk menjana pendapatan korang, Kak Sue kenalkan kan asal usul Tasneem Marketplace nie dengan korang dulu okay.
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Untuk info korang jenama Tasneem nie sebenarnya adalah sebuah syarikat Tasneem Business Legacy yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang lebih dikenali dengan produk yang menjual barangan bayi yang berasakan bahan semulajadi.
Tasneem Naturel
Jenama perintis produk penjagaan bayi di Malaysia, memfokuskan penyelesaian masalah bayi seperti mengatasi selsema, kembung, sembelit, jaundis,ekzema dan sebagainya secara semulajadi dengan pati tumbuhan terpilih.
Tasneem Food
Satu lagi produk keluaran Tasneem Business Legacy SDN BHD dalam cabang makanan. Memfokuskan pes masakan Melayu asli yang enak setaraf chef hotel ternama. Bantu ibu-ibu siapkan hidangan sepantas 30 minit.
Two Birds
Rangkaian produk penjagaan diri seperti mandian mewah dan minyak urut menggunakan formulasu minyak pati semula jadi dengan pelbagai kebaikan untuk memberikan pengalaman unik kepada kita semua.
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Lebih menarik lagi produk dari Tasneem nie menawarkan tawaran hebat untuk beli produk kegemaran korang yang takan dapat kat tempat lain tau. Produk ini dijamin autentik keluaran anak tempatan selain dari barangan bayi ada juga untuk kanak-kanak dan keluarga. Selain tu kan, jenama Tasneem nie lebih jimat dan berbaloi dengan pelbagai hadiah lumayan bernilai ribuan ringgit untuk frequent buyers. Haaa.. best kan..
Dan baru-baru nie Tasneem telah berkerjasama dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman dan Eyyoo untuk menjadikan platform baru yang dinamakan Tasneem Marketplace yang bakal menjadi peluang untuk sesiapa yang berminat untuk menjana dan menambah pendapatan mereka.
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran menarik. Haa.. korang yang masih tercari-cari nak tambah pendapatan harus kena cuba peluang yang disediakan oleh Tasneem Marketplace nie nanti tau..
Selain dari tu, selaras dengan objektif untuk membantu surirumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 ushawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang 2022.
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Korang yang mana berminat nak cuba atau nak tambah pendapatan jangan lepaskan peluang yang disediakan oleh team TMP nie tau. Mana tau, dengan izin Allah dan usaha yang konsisten korang boleh berjaya dan dapat menambah pendapatan kan. Untuk lebih detail korang boleh klik link yang Kak Sue kongsi kat bawah nie ya..
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Peluang Untuk Menjana Pendapatan |
Tasneem Marketplace
3 Comments
Selamat joi Tasneem
ReplyDeleteSemoga dapat menjana pendapatan sampingan
Platform terbaik untuk suri rumah jana pendapatan. Produk2 semua dah sedia terkenal.
ReplyDeletesyabas tasneem market place. niat yang murni .. produk2 pun semuanya best terasa nak shopping skrg juga hihi
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️