Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Amalan Bulan Muharam yang kita sama- sama boleh buat sepanjang bulan nie yang masih berbaki beberapa hari lagi. Walaupun Kak Sue agak lambat sikit nak berkongsi amalan bulan Muharam nie kat sini, tapi kita masih boleh teruskan amalan-amalan yang lain juga dan untuk panduan kita masa akan datang..
Amalan Bulan Muharam
Dulu kan, masa zaman Kak Sue masih kecil lagi, bila tiba aja bulan Muharam nie.. yang paling Kak Sue ingat ialah Tok Pah akan sibuk sediakan bahan nak masak bubur Ashura aja tau. Memang salah satu makanan kegemaran Kak Sue lah nie. Tapi kan disebalik bubur Asyura tu sebenarnya ada amalan-amalan yang kita boleh buat sempena bulan Muharam nie. Jom kita tengok kat bawah nie jom..
BERPUASA
Tasu'a & Asyura (9 & 10 Muharram)
Rasulullah SAW bersabda : "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan bezakanlah dengan orang Yahudi. Puasalah kalian sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya" (HR Ath-Thahawiy dan Al-Baihaqiy serta Ibnu Khuzaimah)
Nabi SAW bersabda: "Puasa hari Asura' itu : Sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (hR Al-Tirmizi)
BANYAKKAN ZIKIR
ØَسْبُÙ†َا اللَّÙ‡ُ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ الْÙˆَÙƒِÙŠْÙ„ُ Ù†ِعْÙ…َ الْÙ…َÙˆْÙ„َÙ‰ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ النَّصِÙŠْرُ
Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
BERSEDEKAH
"Orang- orang yang membelanjakan (derma) hartanya pada waktu malam dan siang secara sembunyi atau terang, maka mereka berolah pahala di sisi Tuhannya, dan tiada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka serta mereka pula tidak akan berdukacita" (Surah al-Baqarah : 274)
MENYANTUNI ANAK YATIM
"Daripada Abu Hurairah: Sesungguhnya seorang lelaki mengadu pada Nabi Saw tentang hatinya yang keras, maka Nabi Saw bersabda: Berilah makanan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim. (HR Imam Ahmad)
MENYENANGKAN HATI AHLI KELUARGA
Daripada Abu Said al-Khydri: Bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada haru Asyra, maka Allah akan meluaskan rezekinya selama setahun. (HR al-Baihaqi, Tabrani dan Ibn Abu al-Dunya).
Semoga bermanfaat untuk kita semua dari perkongsian yang Kak Sue ambil dari Facebook Ustaz Wadi Anuar. Didoakan juga semoga pahala berpanjangan untuk Ustaz Wadi yang selalu berkongsi amalan dan nasihat yang baik untuk kita semua.. Aamiin Ya Rabb.. Terima kasih Ustaz..
4 Comments
Selamat menjalani ibadah pada bulan muharram
ReplyDeleteterima kasih kak sue.. amalan ni elok juga diamalkan sepanjang masa juga
ReplyDeleteIngatan saya masa kecik bulan muharram ni mesti sekolah buat pertandingan nasyid. Lagu wajib kumpulan nasyid - Satu Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah...
ReplyDeleteSalam Muharam!
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️