Assalamualaiakum, hai semua. Kali ni Kak Sue nak kongsikan dengan korang semua tentang satu penyakit yang sangat mengancam kesihatan masyarakat di Malaysia iaitu penyakit kencing manis atau Diabetes. Penyakit kencing manis adalah penyakit yang tidak asing lagi dikalangan kita dan Kak Sue pasti ada antara ahli keluarga kita yang menghadapi penyakit ini.
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax
Kalau dulu, kita sering dengar yang kena penyakit kencing manis ni hanya golongan berusia dan individu yang mempunyai masalah obesiti sahaja. Namun kini tidak lagi. Apa yang lebih membimbangkan adalah ramai golongan muda yang tidak menyedari bahawa mereka turut menghidap diabetes. Ini adalah kerana faktor gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat pada zaman sekarang. Kalau korang perasan pun sekarang ni banyak makanan dan minuman yang viral semuanya jenis yang manis-manis belaka sampaikan Kak Sue pun seram menengoknya.
3 Jenis Diabetes Perlu Korang Tahu
Terdapat tiga jenis penyakit kencing manis dihidapi rakyat Malaysia iaitu:
●
Jenis 1 dikenali sebagai Insulin-Dependent
Diabetes Mellitus atau Diabetes awal remaja. Disebabkan oleh kegagalan pankreas
menghasilkan insulin. Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Hampir 10%
penghidap diabetes adalah dalam kategori jenis ini.
●
Jenis 2 dikenali sebagai Non-Insulin-Dependent
Diabetes Mellitus. 90-95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes jenis ini.
Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin. Dikenali
sebagai rintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.
● Kencing manis melitus merupakan Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada paras mereka yang hamil normal.
Tanda Dan Gejala Diabetes
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
Di bawah adalah tanda dan gejala mereka yang menghidapi penyakit kencing manis.
●
Jumlah
air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
●
Sering
atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
●
Lapar
yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
●
Urin
mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
●
Berat
badan turun mendadak
●
Rasa
kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
●
Cepat
penat dan lemah sepanjang masa
●
Mengalami
rabun penglihatan
●
Luka
lambat sembuh
●
Mudah
terkena jangkitan kuman terutama pada kulit
● Keradangan – lebihan insulin punca toksik dalam badan
Diabetes kalau tidak dikawal akan menyebabkan komplikasi pada organ-organ lain pada tubuh badan. Ramai pesakit mengambil mudah apabila menghidap diabetes dan tidak menyedari bahawa penyakit itu sebenarnya adalah pembunuh senyap. Kebanyakkan pesakit diabetes tidak mempunyai simptom atau mengalami simptom awal yang kurang jelas menyebabkan pesakit kurang memberikan penekanan terhadap pengawalan diabetes dan akhirnya mendapat komplikasi seperti masalah penglihatan, kegagalan buah pinggang, masalah jantung dan masalah saraf.
Jadi, pada yang masih belum buat pemeriksaan kandungan gula dalam darah elok la buat sekarang. Lagi-lagi kalau umur sudah menjangkau 30an. Pencegahan daripada awal adalah sangat penting untuk mengawalnya.
Bagaimana nak periksa kandungan gula dalam darah? Korang boleh buat sendiri atau pun buat pemeriksaan di klinik. Tapi sebelum buat pemeriksaan tu pastikan berpuasa dahulu selama 8 jam atau pun 2 jam selepas makan.
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
Kak Sue syorkan pada yang belum pernah buat pemeriksaan kandungan gula dalam darah, baik korang buat di klinik sebab boleh dapatkan nasihat dari Doktor. Selepas buat pemeriksaan dan kalau kandungan gula dalam darah korang tinggi, boleh je pantau dengan buat sendiri pemeriksaan dari rumah dengan beli alat periksa kandungan gula dalam darah.
Eskayvie Phytax Bantu Mengawal Kencing Manis
Sekarang ni banyak produk-produk yang ada dipasaran yang boleh diambil untuk mengawal kencing manis daripada jadi lebih teruk. Antara yang Kak Sue rekemenkan adalah Eskayvie Phytax. Eskayvie Phytax ni telah ada dipasaran lebih dari 10 tahun dan telah berjaya membantu ramai orang dalam merawat penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi & Kolesterol).
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
Eskayvie Phytax merupakan suplemen kesihatan yang diformulasikan oleh doktor perubatan Dr Syid Ayob, Doktor Perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi iaitu 12 jenis bahan terdiri daripada gabungan tumbuhan dan buahan yang berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.
Berikut adalah 3 bahan utama yang ada dalam Eskayvie Phytax:
1. Kulit Pokok Pain
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
●
Pycnogenol
mengandungi kombinasi unik antioksidan dari procyanidin, bioflavonoids dan asid
fenolik yang membantu atasi keradangan dan punca penyakit 3 serangkai
●
Menyihatkan
sendi
●
Mengatasi
sindrom metabolik seperti penyakit 3 serangkai.
●
Menyihatkan
salur darah
●
Terbukti
selamat dan mempunyai lebih 400 kajian klinikal
● Sukar diambil dalam diet harian
2.
Biji Anggur
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
●
Menyokong
kesihatan salur darah
●
Bersifat
anti-radang
●
Mempercepatkan
penyembuhan luka
●
Mengurangkan
risiko strok
●
Membantu
masalah mata akibat kencing manis
●
Menyihatkan
jantung
● Meredakan bengkak kaki
3. Kulit Manggis
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
●
Sumber
antioksidan dan polifenol
●
Meningkatkan
metabolisma tubuh
●
Mempunyai
kesan anti-radang
●
Menyokong
kesihatan jantung
●
Kandungan
antioksidan Xanthone membantu menurunkan gula darah
● Menurunkan paras kolesterol jahat
Kelebihan Eskayvie Phytax Kepada Tubuh Badan
●
Menstabilkan
gula darah
●
Melancarkan
aliran darah
●
Menstabilkan
bacaan kolesterol
●
Menyihatkan
sel-sel sakit
●
Mengurangkan
masalah berkaitan kebas, masalah jantung dan buah pinggang
● Membekalkan nutrisi yang sukar diperoleh oleh pesakit kencing manis
Cara Pemakanan
Cara Bebas Kencing Manis Dengan Eskayvie Phytax |
1) Pastikan korang goncang dahulu botol Ekskayvie Phytax sebelum buka.
2) Ambil 25ml sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. Bagi yang mempunyai perut sensetif, ambil semasa atau selepas makan.
3) Jika ada mengambil ubat dari klinik atau hospital, jarakkan antara 30 minit sebelum waktu makan Eskayvie Phytax.
4) Istiqomah iaitu kosisten amalkan Eskayvie Phytax setiap hari dan paling penting tawakal kepada yang Maha Esa agar diberikan kesbuhan pada penyakit yang kita hadapi.
Pastikan korang simpan Eskayvie Phytax ni di dalam peti sejuk ya untuk membantu mengekalkan kesegaran optimum dan bahan aktif di dalam produk.
Feedback Pengguna Yang Dah Amalkan Eskayvie Phytax
Dibawah ni Kak Sue kongsikan antara
feedback pengguna yang dah amalkan Eskayvie Phytax dalam kehidupan seharian
mereka.
Tajulali Bin Ismail, 65 tahun dari Chemor Perak berkongsi bacaan gulanya turun dari berbelas-belas ke 6.7 selepas amalkan Eskayvie Phytax secara konsisten.
Anak gembira selepas ibunya semakin sihat dan bacaan gula bawah 6. Ibunya amalkan Eskayvie Phytax sejak dari tahun 2020 hingga sekarang dan ibunya juga mula amalkan Eksayvie Diffenz bermula dari Jun 2021 untuk tingkatkan sistem imun badan.
Siapa yang tak gembira apabila derita yang ditanggung akhirnya berakhir selepas amalkan Eskayvie Phytax secara konsisten. Kaki bernanah, bengkak dan membusuk kini semakin pulih.
Gembira apabila kurang kebas pada tangan dan kaki. Kandungan gula dalam darah juga semakin berkurangan dari 12 turun ke 9.
Tonton perkongsian daripada Puan Enon mengenai derita penyakit kencing manis yang beliau hadapi.
Hidup Lebih Bererti Dengan Eskayvie Phytax
Kencing manis atau diabetes merupakan antara penyakit kronik yang banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia selain daripada darah tinggi dan sakit jantung (kolestrol). Dengan kehidupan pada zaman sekarang ni, banyak cabaran yang perlu kita lalui untuk mengawal daripada terkena kencing manis dan penyakit-penyakit lain. Cuma sebelum kita ambil sesuatu makanan dan minuman tu kita perlu beringat apakah kesannya pada kita untuk tempoh jangka masa panjang. Oleh itu, gaya hidup sihat dan diet pemakanan yang seimbang sangat perlu untuk mencegahnya daripada berlaku.
Dengan Eskayvie Phytax mungkin ia dapat memberikan sinar harapan kepada mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Yang penting kita ikhtiar dan berusaha untuk merawat penyakit yang dihadapi.
Pada yang nak tahu lagi mengenai
Eskayvie Phytax ni atau cara pembelian korang boleh ke website dan social media
Eskayvie melalui link dibawah.
Website
Instagram
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
#EskayviePhytax #KehidupanLebihBererti
1 Comments
wah bagus la eskayvie phytax ni utk kencing manis
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️