Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, diam tak diam kita dah masuk tahun baru dah beberapa hari lepas kan. Kak Sue pun tak nak ketinggalan nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 juga untuk korang semua. Rasa cepat betul masa berlalu sekarang nie kan, pejam celik tau-tau dah masuk tahun baru, tahun 2023 dah pun..

Selamat Tahun Baru 2023
Selamat Tahun Baru 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Selamat tahun baru 2023, Selamat tinggal tahun 2022. Alhamdullilah untuk semua suka duka, pahit getir, ujian dan nikmat yang Kak Sue sekeluarga dan kita semua dah lalui sepanjang tahun lepas. Apapun, kita dan Kak Sue juga suka nak ingatkan diri sendiri dan keluarga Kak Sue yang dalam setiap ujian dan nikmat yang datang dalam hidup kita, pasti akan ada hikmaNya yang tersendiri dan tersembunyi..

Bismillah untuk episod baru dan tahun yang baru 2023 nie, Kak Sue berharap semoga yang indah dan yang baik-baik selalu yang bakal datang dalam hidup kita semua nanti. Semoga kita terus istiqomah menjadi lebih baik dan lebih bahagia bersama keluarga yang tersayang. Dalam fasa umur macam Kak Sue sekarang nie, lebih kepada ketenangan hidup dan hati dari segala-galanya..

Tahun nie juga tahun yang penting untuk anak bongsu Kak Sue si Ustaz Kecik tu. Ustaz Kecik Kak Sue tu akan mula daftar ke aliran akademik untuk persediaan SPM. Sebenarnya Ustaz Kecik Kak Sue tu agak risau sebab belajar untuk setahun dalam aliran akademik fast track kat sekolah tahfiz beliau.

Tapi Kak Sue dah bagi tau dah siap-siap, kita berlapang dada aja dengan semua keputusan nanti, tak perlu nak rasa stress atau memaksa diri. Kita berusaha setakat yang mampu dan tawakal pada Allah. Apa-apa keputusan kita terima dengan redha. Bak kata orang sekarang.. tenang is good.. haaa gitew..

Untuk Kakak dan Abang pula masing-masing dah bekerja sekarang nie. Kakak baru aja habis belajar dan konvo baru-baru nie. Mungkin Kakak akan sambung belajar lagi kut tahun depan. Kita temgok lah macamana ya. Abang pula plan nak cari side income nak berniaga katanya. Ibu dan Abah nie hanya mampu bagi galakkan, semangat dan doa semoga anak-anak terus maju dan berjaya..

Untuk Abang Man pula, masih lagi bertahan dengan bisnes kecil kami sebagai pembekal pati atau kordial Kelapa Laut, Kedondong Asam Boi dan Durian Belanda Man Java. Untuk tahun nie juga Abang Man dah mula berniaga ke Pasar Malam balik macam dulu. Harapnya semua baik-baik lah lepas nie kan..

Untuk diri Kak Sue sendiri pula, hanya nak berusaha menjadi hamba, isteri, ibu, anak dan menantu yang lebih baik dari sebelumnya. Ya lah umur pun dah masuk remaja purba nie kena lah makin perbaiki diri dan tambahkan amal ye dak.. 

Dan.. sebelum Kak Sue nak akhiri entri tahun baru nie Kak Sue cuma nak bagi tahu bertapa Kak Sue bersyukur atas semua yang Allah susun dalam hidup Kak Sue. Ya, kadang memang akan ada rasa kita down, putus asa dan berbagai rasa. Tapi yakin lah.. Allah tidak akan meletakkan sesuatu ujian dalam hidup kita diluar kemampuan kita..

Kak Sue masih dalam fasa belajar bersabar, belajar redha dalam ketentuanNya. Doa Kak Sue semoga tahun nie lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah limpahkan rahmat, dimudahkam urusan, diampunkan semua dosa-dosa kita dan semoga diimakbulkan juga doa-doa kita.. Aamiin Ya Rabb..

Akhir sekali, kalau ada salah dan silap, sedar atau tanpa sedar, tutur kata, penulisan, perbuatan dari Kak Sue dan keluarga, kami mohon ampun dan maaf sangat pada korang semua ya. Selamat tahun baru korang.. jumpa lagi next entri, papai!



Post a Comment

10 Comments

  1. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru kak Zue. Lumrahlah tu rasa down kadang-kadang tapi sebenarnya bila dihitung nikmat, banyak sebenarnya yang kita boleh syukuri

    ReplyDelete
  3. Masih belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru utk kak sue. semoga tahun ni membawa kebaikan dan bahagia yang berlipat-ganda buat kak sue sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Kak Sue...semoga success dan dipermudahkan urusan sepanjang tahun baru ni ye

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru, semoga 2023 lebih baik daripada yang sebelumnya.

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baharu! Semoga baik2 untuk kita

    ReplyDelete
  7. semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya ye

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru buat kak sue sekeluarga semoga segala azam menjadi kenyataan. saya pun mohon maaf kalau ada salah silap

    ReplyDelete
  9. hepi new year cikkak sue itttew., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️