Resepi Ayam Goreng Garlic

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Goreng Gralic pula dengan korang. Senang aja resepi Ayam Goreng Garlic nie korang, yang pasti bila dah cuba mesti nak buat lagi.. haaa gitew..


Resepi Ayam Goreng Garlic
Ayam Goreng Garlic


Resepi Ayam Goreng Garlic Viral

Sebenarnya kan Kak Sue ternampak kawan Kak Sue si Mimi yang kongsi Ayam Goreng Garlic nie hari tu. Tengok resepinya pun senang sangat, bahan pun yang biasa ada kat dapur rumah kita aja.

Cuma masa tengah mengoreng tu, kalau ikut resepi dari IG yang Mimi kongsi tu kena tabur bawang putih yang tak kopek kulit masa menggoreng tu. Jadi Kak Sue pun buat juga, tapi Kak Sue letak bawang putih yang dah kopek. Tak kisah lah kan mana-mana cara pun janji sedap sudah..

Tapi memang sedap tau korang, tambah bila bau bawang putih kan, wangi jaa. Ratah gitu pun boleh, tapi pastikan buat lebih hokay. Haa.. dah, jom kita tengok bahan dan cara nak buat kat bawah jom..

Ayam Goreng Garlic
Bahan : 
10 ketul ayam
2 biji bawang merah - dikisar
10 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 biji telur - dikisar
1 sudu serbuk ketumbar
4 sudu tepung ubi
2 sudu sos tiram
Sedikit lada hitam
Sedikit garam

Cara : 
Masukkan ayam ke dalam mangkuk
Masukkan pula bahan kisar tadi, serbuk ketumbar, tepung ubi, sos tiram, lada hitam dan akhir sekali garam.
Gaul rata, dan perapkan sekejap
Kemudian boleh lah goreng ayam dan taburkan bawang putih kat atas ayam.
Bila dah garing boleh lah angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan.

Korang boleh juga cuba Resepi Ayam Goreng Halia

Post a Comment

6 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️