Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Kerabu Kacang Kelisa pula dengan korang. Sebenarnya lebih kurang sama aja bahan yang kita gunakan dalam resepi Kerabu Kacang Kelisa nie dengan kerabu yang lain. Cuma bahan utama dia aja kita tukar..
Kerabu Kacang Kelisa |
Resepi Kerabu Kacang Kelisa
Macam yang korang tau Kak Sue sekeluarga memang suka sangat dengan masakan atau lauk kampung nie. Memang suka lah ulam-ulaman nie, terutamanya Kak Sue, Kakak dan Ustaz Kecik Kak Sue tu. Kalau ada ulam memang berselera lah makan. Jom lah kita tengok resepi Kerabu Kacang Kelisa nie jom..
Kerabu Kacang Kelisa
Bahan :
1 ikat kacang kelisa - dihiris kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji cili padi - dikisar
2 sudu kerisik
1 sudu asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara :
Masukkan kacang kelisa, bawang dan cili padi ke dalam mangkuk besar.
Kemudian masukkan pula kerisik dan asam jawa. Gaul sebati.
Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Bila rasa dah menepati selera yang korang nak, boleh lah masukkan ke dalam mangkuk yang lain.
Sedia untuk dihidangkan.
Korang boleh cuba resepi kerabu yang lain kat sini Resepi Kerabu Pucuk Paku
5 Comments
suka makan kerabu ni kalau letak kelapa parut lagi sedap :)
ReplyDeleteOk bahan dah ada tinggal buat je. Memang sedap
ReplyDeleteAda orang letak kelapa kan?
ReplyDeleteoo kacang kelisa tu kacang botol eh
ReplyDeleteSedappppp
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️