Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Goreng Mentega pula dengan korang. Bahan dan cara nak masak Ayam Goreng Mentega nie senang sangat, semua bahan yang digunakan memang sentiasa ada kat rumah ja pun. Kalau nak masak untuk berbuka tu sekejapan dah siap dah tau. Haa.. jom kita tengok cara nak masak jom..
Ayam Goreng Mentega |
Resepi Ayam Goreng Mentega
Sebenarnya resepi Ayam Goreng Mentega nie Kak Sue jumpa dari Instagram DiDapurYana. Cuma bahan bawang tu Kak Sue dah ubah sikit sebab guna bawang kisar dari dapur Kak Sue ja, jadi Kak Sue agak-agak aja lah. Mintak halal Kak Sue ambik resepi nie ya Yana.
Masa pertama kali cuba masak Ayam Goreng Mentega, anak bongsu Kak Sue si Ustaz Kecik suka sangat. Jadi hari tu Kakak kata jom lah Ibu kita masak lagi untuk menu berbuka dah Adik suka sangat. Jadi ulang masak lah lagi Kak Sue nie. Okay lah, tak nak sembang panjang lagi jom kita tengok resepinya jom..
Ayam Goreng Mentega
Bahan :
6 ketul ayam
40 gram butter
1/2 biji bawang holand - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
2sb sos tiram
2sb sos cili
3sb kicap manis
Bawang holland (dihiris kasar)
Daun bawang/ Daun sup (dihiris kasar)
Cara :
Panaskan butter, masukkan ayam dan goreng hingga masak.
Masukan bahan kisar tadi dan masak sehingga bawang betul-betul garing.
Kemudian masukkan pula sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
Sedia untuk dihidangkan
Korang juga boleh cuba Resepi Ayam Goreng Garlic
5 Comments
Wahh.. sedap tu. Boleh try nanti
ReplyDeleteWah menarik. Nak cuba la. Thanks kongsi resepi Kak Sue :)
ReplyDeletewaduhhh masuk sini tengah hari.. terliornyaaa T_T
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeletekalau makan letak kicap dgn nasi panas alahaii
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️