Resepi Biskut Chocholate Chip

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Biskut Chocolate Chip pula dengan korang. Ya lah, tak lama lagi kita dah nak raya dah kan, jadi boleh dah nak mula buat persiapan biskut Raya dah. Lagi pun resepi Biskut Chocolate Chips nie senang sangat, sambil-sambil nak masak untuk berbuka tu boleh aja nak siapkan satu bancuhan. Jom tengok kat bawah nie jom..

Resepi Biskut Chocholate Chip
Resepi Biskut Chocholate Chip


Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Sebelum Kak Sue jumpa resepi Biskut Chocolate Chip ala Famous Amos nie kan, kerap juga Kak Sue beli untuk anak-anak Kak Sue. Depa memang suka sangat lah Biskut Chocolate Chip nie, kadang beli sepaket sekejapan dah habis dah..

Sekarang nie bila dah tau buat sendiri, boleh lah anak-anak makan puas-puas. Bahan dan cara nak buat pun memang senang sangat korang. Tak ada mixer pun boleh buat, boleh kaup balik guna senduk ja pun. Jom lah kita tengok resepinya jom..

Biskut Chocolate Chip
Bahan :
250 gram butter
70 gram gula castor
70 gram gula perang
1 biji kuning telur
250gram coklat chip
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu esen vanila
Sedikit butter oil

Cara :
Pukul sebati butter, gula castor dan gula perang guna senduk kayu atau spatula
Masukkan pula telur, esen vanila dan butter oil, kaup balik kan bahan tadi.
Kemudian masukkan tepung, baking powder dan soda bikabonat. Kaup balikkan lagi.
Akhir sekali masukkan dalam peti ais lebih kurang sejam. Kak Sue masukkan 1/2 jam aja.
Kemudian keluarkan dari peti ais dan boleh cubit kecil atau sudukan 1/2 sudu teh untuk dapatkan biskut yang sama saiz.
Seterusnya bakar selama 30 minit dengan suhu 150°c bergantung pada oven masing-masing tau.
Kemudian boleh lah sejukkan dulu dan boleh lah simpan dalam bekas kedap udara.
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga cuba Resepi Cheese Cake Chef Afendi


Post a Comment

8 Comments

  1. sedap ni biskut nii hihihi

    ReplyDelete
  2. baunya mesti semerbak rumah ni

    ReplyDelete
  3. chocolate chip mmg fav..lama tk buat tp amy kalo buat versi coklat gelap tu

    ReplyDelete
  4. Nanti uncle cuba! (kononnya lah... hehehe)

    ReplyDelete
  5. Tahun ni sy beli je chocolate chip

    ReplyDelete
  6. rajinnyer.. selamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye 😅

    ReplyDelete
  7. yum yum sedapnya kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️