Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan Puncak Alam

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul rasanya Kak Sue tak menjengah kat sini kan. Sibuk apa pun tak tau lah, hehehe.. tapi, kali nie Kak Sue nak ajak korang ramai-ramai Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan Puncak Alam nie pula hokay. Haaa.. korang yang mana suka minum kopi dan suka suasana santai-santai sambil menghirup udara segar memang harus kena singgah mengopi di Gerai Kopi Tepi Jalan nie..

Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam
Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam


Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam

Sebenarnya kan korang, sebelum nak bercerita lebih lagi tentang Kopi Tepi Jalan Puncak Alam nie, gerai Kopi Tepi Jalan nie adalah bisnes kecil si Abang, anak teruna Kak Sue. Jadi si Ibu nie nak minta korang yang mana berdekatan dapat lah datang support atau pun mendoakan bisnes kecil Abang nie ya.

Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam
Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam

Ceritannya, lepas aja habis berniaga Pasar Ramadhan hari tu terus Abang bersemangat nak berniaga sendiri. Dah tak nak kerja makan gaji pula dah katanya. Kita sebagai ibu dan bapa nie sokong aja mana yang bagus, baik dan minat anak-anak kita kan. Asalkan jangan buat benda salah sudah..

Gerai Kopi Tepi Jalan Abang nie baru aja beroperasi bulan lepas di parking berdepan dengan kedai-kedai di Eco Grandeur, Puncak Alam tu. Kalau korang lalu dari Desa Cofield atau dari UITM Puncak Alam tu korang dah boleh nampak dah dari jalan besar kat situ. Belah belakang-belakang area Eco Shop sana..

Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam
Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam

Nak sewa kedai belum mampu lagi, jadi kata Abang Man mulalah dengan bisnes secara kecil-kecilan dulu. Dah stabil dan ada regular customer kita baru lah kita plan nak buka kedai ke apa nanti, biiznilah. Maklum lah sejak lepas PKP nie berniaga dah tak macam dulu dah. Kena ambil langkah bijak dan berjaga-jaga kalau nak mula bisnes nie tau korang. Silap langkah, silap-silap modal terbenam dan kita menanggung rugi nanti..

Gerai Kopi Tepi Jalan nie dibuka setiap hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa sahaja. Bermula pukul 5 petang sehingga lah 12 malam. Pilihan kopi yang disediakan kat sini pula ada lah pilihan Coffee Brew dan Ice Blend. Kak Sue kalau melepak kat sini memang layan tak sedar tau-tau dah lewat malam dah. Tapi tak ada gambar nak kongsi tengah lepak tu. Nanti lah dah setting cun-cun Kak Sue kongsi kat sini lagi ya..

Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam
Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam

Semoga satu hari nanti Abang berjaya buka kedai kopi idaman Abang. Banyak lagi Abang nak kena belajar dan hadap dalam selok belok bisnes nie. Macam-macam orang kita jumpa, macam-macam ujian kita kena hadap. Semua tu akan mematangkan kita. Tak apa lah bersusah-susah dahulu, nanti bersenang-senang kemudian hari ya nak..

Barang-barang niaga pun masih belum cukup sepenuhnya. Nak kena buat sticker untuk penjenamaan, nak tambah lagi kerusi dan meja healing, pakai mana yang ada dulu. Sekarang nie siap ada kerusi meja healing pulak ye. Tapi, selesa pun selesa tau kerusi healing tu, dah duduk nak bangun pun dah malas dah.. hehehe..

Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam
Jom Singgah Gerai Kopi Tepi Jalan, Puncak Alam

Akhir sekali, apapun, Ibu akan terus dan sentiasa doakan Abang agar terus maju dan dikurniakan rezeki yang berkat dan mengalir seperti air zam-zam yang tiada hentinya. Moga ada rezeki nak buka kedai kopi satu hari nanti ya.. Aamiin Ya Rabb.. Allah yuftah alaikum nak.. 🤍


Post a Comment

5 Comments

  1. Wahhhh.... Abang dah ade kedai kopi tepi jalan. Nanti LeYa ke arah sana, LeYa cari dan singgah ye. Btw, semoga Abang berjaya dengan bisnes yang diceburi.

    ReplyDelete
  2. kalau dekat dah singgah dah saya ni kak hihi

    ReplyDelete
  3. nama agak rare..kopi tepi jalan..takyah susah susah fikir nak minum kopi dekat mana..dia punya layer layer tu boleh buat penggemar kopi terus cuba

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️