Assalamualaikum, hai semua. Setiap tahun macam biasa lah bila datang aja tarikh yang dinantikan nie Kak Sue mesti nak buat satu entri khas kat blog kesayangan Kak Sue nie. Diam tak diam dah 25 tahun dah Kak Sue berkongsi hidup dengan suami tersayang, hencik Man Java. Happy Anniversary Sayangku.. semoga kita dan keluarga kita sentiasa saling melengkapi, mendoakan dan berkasih sayang sampai syurga Allah.. Aamiin Ya Mujib..
Happy Anniversary Sayangku |
Happy Annivesary Suamiku Tersayang
Tahun nie pun belum ada buat sambutan apa-apa untuk annivesary Kak Sue dengan Abang Man. Cuma pagi-pagi masing-masing dah wish dan teruskan aktiviti harian macam biasa. Hadiah pun masing-masing belum beli, mungkin bila keluar dating nanti terus beli aja on the spot macam tahun lepas.. hehehe..
Walaupun usia perkahwinan dan usia kita dah meningkat, tapi harus lah kena ada sambutan untuk menghargai pasangan masing-masing kan. Sebenarnya tak payah tunggu hari anniversary pun kita harus sentiasa menghargai dan berkasih sayang selalu..
Cumanya perasaan Kak Sue masih macam lima tahun lepas juga. Sejak lalui ujian yang datang beberapa hari selepas sambutan anniversary kami lima tahun lepas, Kak Sue akan rasa hiba yang berpanjangan, dengan dada yang berdebar-debar. Tak tau lah bila rasa nie akan hilang, dan semua kembali seperti asal..
Happy Anniversary Sayangku |
Ujian yang satu nie memang tinggalkan kesan trauma dalam hidup Kak Sue sampai hari nie. Rasa hiba sangat hati nie setiap kali teringat kisah tu. Bukan Abang Man tak bawa buat rawatan tapi kadang kala bila datang tu memang mood pun tak stabil. Semoga satu hari nanti semua rasa dan trauma nie terus hilang dari ingatan dan hati Kak Sue selamanya.. Aamiin Ya Mujib..
Apapun, hidup perlu diteruskan. Kena kuat untuk anak-anak dan suami. Sekali lagi simpan sini untuk tahun nie. Kami berdua masih diberikan peluang menyambut hari anniversary perkahwinan kami bersama. Meniti hari-hari tua bersama, berkasih sayang hingga ke syurga Allah.
Dan.. semoga kami sekeluarga terus berkasih sayang dan bahagia cara kami dan menjadi keluarga yang sentiasa diredhai Allah, keluarga yang Sakinah Mawardah Warahmah.. Aamiin Ya Rabb.. Ya Mujib.. Happy Annivesary My Love .. 🤍
Jemput juga baca Anniversary Kak Sue 2022
9 Comments
Tahniah
ReplyDeleteEppi annibersari
Alhamdulillah, tahniah Kak Sue atas 25 tahun usia perkahwinan Kak Sue dgn Abang Man Java 🥳 Kira dah dapat jubli perak la ni kan hehe.
ReplyDeleteSemoga perkahwinan Kak Sue dan suami kekal bahagia sampai ke akhir hayat, Ameen YRA 🤲🏻
Amboi... peluk pinggang! Auuummm!
ReplyDeletesemoga bahagia selalu kak
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun Kak Sue.. semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.. Amin
ReplyDeletehappy anniversary buat kak sue dan abg man semoga bahagia selamanya dunia akhirat amin
ReplyDeleteselamat hari anniversary kaksue dan pasangan...
ReplyDeletesalam kenal dari linda..
Bersemut...Happy anniversary Kak Sue
ReplyDeleteakak... semoga akak kuat dan ok ya.. bila nak jumpa akak berdua lagi ni... happy anniversary tau! semoga bahagia selamanya..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️