Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita Me Time Geng Mak-Mak pula dengan korang. Sebenarnya dah lama Kak Sue nak ada Me Time Geng Mak-Mak macam nie. Bagai pucuk ulam mendatang lah bila Diya telefon ajak Kak Sue join sarapan dengan Mimi buat pertama kalinya hari tu. Ya lah kadang-kadang kita Mak-Mak nie memang perlukan masa untuk diri sendiri dengan kawan macam nie kan..
Me Time Geng Mak-Mak |
Me Time Geng Mak-Mak
Selalunya Kak Sue kalau keluar, tak shopping barang dapur, shopping dengan keluarga, keluar makan-makan dengan keluarga. Lepas tu ke event blogger atau ikut Abang Man ride dengan geng motor Abang Man. Kali nie bila ada aktiviti me time geng Mak-Mak nie rasa seronok lah juga dapat luangkan masa dengan kawan-kawan yang sama macam Kak Sue..
Kadang-kadang surirumah macam Kak Sue nie akan ada juga rasa letih, jemu dengan rutin harian yang sama setiap hari. Tak dinafikan juga untuk isteri yang bekerja juga. Mesti akam ada hari yang kita rasa malas sangat nak buat apa-apa dan rasa macam nak keuar sekejap dari rumah. Jadi bila dapat keluar dengan kawan geng Mak-Mak macam nie memang seronok lah berbual, berkongsi cerita sambil makan-makan kan..
Me Time Geng Mak-Mak |
Pertama kali Kak Sue keluar ber Me Time Geng Mak-Mak nie, kami makan-makan kat Salim Cafe, Klang. Sambil makan berborak berkongsi cerita memang seronok sangat. Tak sedar masa berjalan tau. Cumanya untuk pertama kali nie Kak Sue tak ambil banyak gambar pun.. InsyaAllah, nanti Kak Sue kongsikan lagi Me Time Geng Mak-Mak kat sini lagi tau.
Terima kasih Diya dan Mimi sudi ajak Kak Sue ber Me Time Geng Mak-Mak nie. Tak sabar nak tunggu Me Time Geng Mak-Mak nie untuk lain kali. Semoga dengan silatulrahim dan ukhwah kami ber Me Time Geng Mak-Mak nie berpanjangan hingga ke syurga Allah.. Aamiin Ya Rabb..
2 Comments
Semoga ukhuwah terus terjalin
ReplyDeletebestnya.. lama tak me time gini
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️