Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie rasa masa cepat betul berlalu kan, tahu-tahu dah masuk tahun baru dah kita. Selamat Tahun Baru 2024 korang.. semoga tahun nie kita dikurniakan semua yang baik-baik aja untuk kita dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb..
Selamat Tahun Baru 2024 |
Selamat Tahun Baru 2024
Kita mulakan hari pertama tahun 2024 ini dengan doa yang baik-baik, cuba latih diri untuk sentiasa dan lebih positif dan berubah ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah. Sebenarnya kan tahun 2023 banyak juga bagi pengajaran dan hikmah untuk Kak Sue dan keluarga. Ujian yang kami lalui selama lima tahun sebelum nie, selesai juga akhirnya. Syukur sangat-sangat. Bukan senang nak kekal tenang dan kawal emosi selama lima tahun nie, Allah aja yang tahu. Penuh dengan dendam, sakit hati dan airmata..
Apapun, Kak Sue sentiasa ingatkan diri dan keluarga, setiap ujian yang datang tanda Allah sayang. Tanda Allah nak tegur kita. Allah tegur dengan pelbagai cara dan pasti ada hikmah yang istimewa dan tersembunyi untuk kita nanti. Dan sekarang semuanya terbukti, banyak hikmah yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga. Syukur alhamdullilah..
Masih sama macam tahun-tahun yang lepas, Kak Sue berharap semoga yang indah, bahagia dan baik-baik aja selau bakal datang dalam hidup Kak Sue sekeluarga. Rasa macam penat dah nak layan orang-orang toksik dan berniat tak baik nie. Semoga Kak Sue sekeluarga dan kita semua terus istiqomah untuk menjadi hamba yang lebih baik dan menjadikan keluarga kita keluarga yang diredhai Allah, keluarga yang Sakinah Mawardah.. Aamiin Ya Rabb..
Tahun nie tahun akhir Kak Sue ada anak yang masih bersekolah memegah. Siapa lagi kalau bukan si Ustaz Kecik tu. Lepas habis SPM nanti dah tak ada dah lah yang bersekolah, lega lah sikit. Semua dah besar-besar belaka, cuma mungkin nanti tinggal nak sambung belajar lah pula lepas nie. Bulan Januari nie dah mula peperiksaan SPM dah untuk Ustaz Kecik. Apa pun keputusan nanti Kak Sue dah redha terima sebab tahu Ustaz Kecik hanya belajar akademik tahun lepas sahaja untuk semua subjek teras. Kalau tak dapat keputusan cemerlang, lulus semua pun dah syukur sangat dah..
Untuk Kakak dan Abang pula masih bekerja lagi sekarang nie, tapi Abang dah tak nak bekerja makan gaji dah. Dah minat nak berniaga sendiri pula sekarang nie. Ada buka bisnes kecil-kecil gerai Kopi Tepi Jalan. Sekarang nie kan trend coffee brew tepi jalan tu, Abang pun tak ketinggalan. Kakak pula masih menunggu peluang sambung belajar, sementara menunggu tu, Kakak kata nak kerja dulu nak cari duit poket. Sebagai Ibu dan Abah nie kami akan terus mendoakan, memberi galakkan dan semangat aja lah untuk anak-anak macam ibu bapa yang lain. Semoga terus succes hendaknya ya anak-anak..
Untuk Abang Man pula, alhamdullilah masih bertahan dengan bisnes kecil kami. Tahun nie selain dah mula masuk pasar malam, Abang Man ada juga join event-event kat stadium atau apa-apa program besar. Sekarang nie pun kuasa membeli dah tak macam dulu dah, orang kalau boleh nak berjimat. Memandang harga barang-barang sekarang semua mahal dan naik harga. Kami yang berniaga nie pun terasa setiap kali beli barang niaga. Tapi tetap lah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga..
Untuk diri Kak Sue pula, masih berusaha nak menjadi hamba, isteri, ibu, anak, menantu dan orang yang lebih baik dari sebelumnya. Bila dah sampai umur macam Kak Sue nie apa lagi yang Kak Sue harapkan, hanya kehidupan yang tenang, nak menambahkan amal untuk bekalan di sana nanti. Dah tak mahu dah kusut-kusut. Cuma tahun nie macam, macam lah nak cabar diri nak aktif update blog dan nak buat content kat IG. Kalau rajin lah kan.. kalau.. hihihi..
Akhir sekali, sebelum nak akhirkan entri nie.. doa Kak Sue untuk semua semoga tahun nie lebih baik lagi dari tahun sebelumnya. Semoga Allah limpahkan rahmat, dimudahkan urusan, diampunkan dosa-dosa kita dan dimakbulkan semua doa kita.. Aamiin Ya Mujib. Tahun nie juga kita diuji dengan penindasan oleh saudara kita di Palestine, memang sakit dada hari-hari dihudangkan dengan cerita-cerita yang buat kita sedih dan geramm Sama-sama lah kita terus mendoakan saudara kita di Palestine agar terus bertahan dan menang satu hari nanti. Di kesempatan ini juga, Kak Sue nak mohon maaf seandai ada salah silap dalam tutur kata, penulisan dan perbuatan pada korang semua ya. Selamat Tahun Baru korang.. jumpa lagi next entri ya, papai!
Boleh juga baca cerita kat sini Selamat Tahun Baru 2023
8 Comments
selamat tahun baru kak su
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan
ReplyDeleteSalam tahun baru 2024 Kak Su! Semoga azam Kak Su terlaksana semuanya 🌸
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2024
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru kak. Moga segala doa akak akan dimakbulkan Allah.
ReplyDeleteMoga tahun baru ini akan lebih bermakna dan membahagiakan untuk akk sekeluarga. Aamin...
Selamat Tahun Baru Kak Sue...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2024 kak~ semoga tahun nie lebih baik lagi dari tahun sebelumnya.
ReplyDeletehappy new year kak sue, semoga semua impian menjadi kenyataan
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️