Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022. Haa.. tudia, baru nak buat entri lepas hampir dua tahun.. hihihi. Tak tau lah apa yang disibukkan sangat rutin Kak Sue setiap hari nie sebenarnya. Tapi tak apa, jom lah Kak Sue kongsi sikit kat bawah nie tentang Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022 nie dengan korang jom..

Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022
Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022


Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022

Macam yang korang baca tajuk entri nie, Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022 dah berlalu lebih pada 2 tahun lepas dah. Tapi tetaplah Kak Sue nak simpan sini untuk kenangan. Kak Sue pun sebenarnya tak pasti dan tak berapa tahu sangat tentang Karnival GenBlu Yamaha nie, tapi kalau tak silap ride nie untuk semua jenis motor Yamaha. Masa tu Abang Man masih pakai motor Tracer Yamaha..

Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022
Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022

Karnival nie diadakan di Pantai Teluk Batik, Lumut Perak. Dan ada bermacam aktiviti menarik disediakan untuk semua rider. Aktiviti air pun ada juga, Kak Sue awal-awal dah ingatkan Abang Man tak nak join aktiviti air. Pada hari yang dah ditetapkan, kami semua berkumpul di pekan Rawang dan bertolak sesudah subuh selepas memdaftar nampak dan ambik gift. Kami sampai di Pantai Teluk Batik awal pagi dan terus berhenti kat salah satu gerai yang ada kat situ untuk sarapan dan seterusnya terus ke Pantai Teluk Batik.

Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022
Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022

Sampai aja kat sana, ada banyak khemah disediakan untuk jualan dan bermacam aktiviti menarik. Ada juga pilihan gerai makanan dan minuman untuk semua orang yang datang pada hari tu bagi menghilangkan lapar dan dahaga. Kak Sue dan Abang Man tak lepaskan peluang berjalan di sekitar khemah-khemah yang disediakan. Kami berdua ada juga ambik peluang join game, ambil gambar dan peperiksaan kesihatan kat situ..

Bila dah habis pusing khemah-khemah kat situ, kami lepak kejap kat tepi pantai hilangkan letih dan dahaga. Bila dah masuk tengahari kami pun join beberapa kawan dari geng Santai Rider cari tempat makan tengahari dan seterusnya ke gerai-gerai yang menjual buah tangan untuk dibawa balik. Biasa lah kalau datang ke Lumut, buah tangan hasil dari laut lah yang banyak kan.. 

Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022
Ride Karnival GenBlu Yamaha 2022

Bila dah habis membeli belah, kami semua ambil keputusan nak terus balik dengan geng Santai Rider aja. Dalam perjalanan balik salah sorang geng Santai Rider pecah tayar. Jadi sementara menunggu selesai kami lepak kedai mamak yang ada kat tepi jalan. Biasa lah kan kalau ride ke mana-mana, masalah macam nie pasti ada. Kita kena bantu atau sekurang-kurang tunggu semua geng dan balik sama-sama.. 

Akhir sekali untuk entri pengalaman Ride Karnival GenBlu Yamaha nie, untuk diri Kak Sue adalah satu pengalaman yang menarik. Ride dalam kumpulan motor yang ramai dan bercampur dengan geng lain selain geng yang biasa kita join ride. Kita berjumpa dengan kawan-kawan baru, berlajar pengalaman baru. Ada yang datang dari luar Selangor juga tau untuk join karnival nie hari tu. Semoga berjumpa lagi next ride kawan-kawan.. papai!




Post a Comment

0 Comments