Assalamualaikum, hai semua. Kali nie nak share lagi cerita hobi Abang Man, Ride Santai Ke Lumut pula. Kali nie kami berenam aja Ride Santai ke Lumut nie memandang kan yang lain masing-masing ada kerja yang tak dapat di elakkan..
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Ride Santai Ke Lumut
Sebenarnya Ride Santai ke Lumut nie tak ada lah plan beriya. Saja lah kawan Abang Man ajak ride santai aambil makan-makan kat Lumut. Kami bertolak awal pagi hari tu dan berhenti sarapan di kawasan Ijok, Selangor sambil-sambil tunggu hujan bersidang sikit..
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Siap sarapan, kami semua terus bertolak ke Lumut. Alhamdullilah cuaca terang dan cantik aja lepas tu. Sampai kat Lumut kami terus ke kedai makan tepi jalan nak menghala ke Teluk Batik. Lupa pula nama kedai, nanti bila dah ingat Kak Sue edit balik kat sini ya..
Pilihan makanan kat sini adalah masakan kampung. Yang bestnya tu memang meriah dengan bermacam jenis lauk, ulam-ulaman dan sambal. Memang membuka selera betul. Harga pun bagi Kak Sue sangat-sangat berpatutan.
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Memang puashati sangat. Rasanya dah dua kali datang makan kedai nie. Sebelum nie Kak Sue datang dengan arwah Mak Kak Sue masa bawa Mak cuti-cuti kat sini. Memang sentiasa ramai orang kat sini..
Seterusnya, habis aja kami makan tengahari kat situ, kami terus ke kedai barangan hasil laut. Nak lah juga beli buah tangan kan. Tapi kali nie Kak Sue dah tak beli keropok ikan atau yang lain banyak-banyak macam hari tu. Cuma beli ikan bilis dan ikan kecik-kecik pun lupa nama jugak. Hadoi asyik lah suka lupa Kak Sue sekarang nie..
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Selesai membeli belah kat situ, ada kawan yang cadangkan nak ke Menara Codong Teluk Intan pula memandang kan beliau belum pernah sampai lagi kat sana. Jadi kami semua pun bersetuju lah kesana dulu dan terus balik ke Rawang lepas tu..
Kali nie ride semua geng taman perumahan rumah Kak Sue aja. Jadi jalan nak balik tu memang semua sehaluan lah sampai ke akhirnya. Selalunya kalau lain dari laluan kami akan berhenti pada last point untuk minum-minum dan berpisah kat situ lepas bersalam-salaman..
Ride Santai Ke Lumut, Perak |
Alhamdullilah, kami sampai waktu maghrib kat area Kuang, dan berhenti solat di R&R sebelum terus balik ke rumah masing-masing. Seronok pengalaman kali nie walaupun tak ramai yang join tapi dapat kenal dan rasa pengalaman baru. Till next ride story.. papai!
Jemput baca juga Karnival GenBlu Yamaha 2022
6 Comments
Cantikk gambar Kak Sue kat Lumut tuuu. Happy weekend Kak Sue ! Best kann dapat jalan-jalan. Benda yang tak plan tuu yang menjadi sebenarnyaa. Hehehe
ReplyDeleteTerliur pulak tengok siput sedut tuu, Nyumm nyummm ;)
Sedapnya tgk lauk pauk kg tu semua. 🤤
ReplyDeletewaahhhh bestnyaaaa ride santai ke Lumut! lamanya Ana tak pernah dah jejak ke Lumut last tahun 2019 rasanya..
ReplyDeletedh ingt blom nama kedai makan sedap lumut tuhhh., nmpk menyelerakan., hehe
ReplyDeleteSeronok ride moto beso reramai.
ReplyDeleteWak hai2 ride moto kapcai ke kebun dan padang ragut aje
Dah lama tak jejak kaki ke Lumut. Mesti banyak perubahan selepas berbelas-belas tahun.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️