Sanah Helwah Kakak Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa Kak Sue nak simpan kenangan kat sini lagi tahun nie. Tarikh istimewa untuk kami sekeluarga setiap tahun meraikan satu-satunya puteri dalam keluarga kami. Sanah Helwah Kakak Sayang.

Sanah Helwah Kakak Sayang
Sanah Helwah Kakak Sayang


Sanah Helwah Kakak Sayang

Tahun nie pun Kakak dah awal-awal lagi pesan tak payah beli atau buat apa-apa untuk hari lahir Kakak. Kakak dah besar dah pun Ibu, tak payah lah nak beli hadiah ke apa katanya. Tapi Ibu nie nak lah juga meraikan walaupun dengan sepotong kek.

Sanah Helwah Kakak Sayang

Maklum lah dah terbiasa dari anak-anak Kak Sue kecil lagi. Mesti nak juga meraikan untuk anak-anak. Tahun nie Kak Sue order pavlova gantikan kek untuk hari lahir Kakak. Kakak memang suka pavlova.

Kebetulan pula pavlova si Rara asyik lah dok lalu lalang kat igs Kak Sue. Makanya laju-laju lah Ibu order kan untuk kek hari lahir Kakak. Nasib lah kali nie Rara tak kemana-mana dan boleh buat kan. Ibu pun memang teringin lama nak merasa pavlova si Rara nie.

Tahun nie pun, macam tahun-tahun yang sudah. Kakak balik kerja aja pada malam sebelum hari lahir Kakak tu, kami sekeluarga nyanyikan lah selamat hari lahir untuk Kakak. Cuma Abang aja lah kali nie tak ada sebab bekerja shiff malam..

Sanah Helwah Kakak Sayang
Sanah Helwah Kakak Sayang

Lega lah Ibu bila dah selesai bab yang satu nie. Over sangat Ibu nie kan. Hihihi.. cuma hadiah aja belum belikan lagi untuk Kakak. Nanti tunggu Kakak pilih sendiri lah bila keluar makan nanti.

Apapun, sekali lagi Ibu nak ucapkan Sanah Helwah Kakak Sayang. Ibu doakan semoga Kakak sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, dimakbulkan semua doa dan impian Kakak. Juga dikurniakan semua yang terbaik untuk Kakak dunia akhirat. Aamiin Ya Mujib. 

Terima kasih swlaly ada, selalu faham Ibu. Please sray be my BFF.. always and forever ever. Ibu love you dunia akhirat nak.. 🤍

Cerita tahun lepas hari lahir Kakak boleh juga baca kat sini Sanah Helwah Kakak 2023

Post a Comment

1 Comments

  1. happy birthday kakak!! semoga jadi anak yg solehah..aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️